Harian Metro

Belum ajal

Budak lelaki terselamat selepas pesawat dinaiki terhempas di hutan terpencil

- AFP Jakarta

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat selepas pesawat yang dinaikinya terhempas di sebuah hutan terpencil di wilayah Papua kelmarin.

Pihak berkuasa berkata, mangsa yang dikenali sebagai Jumaidi itu patah tangan dan mengalami kecederaan lain, manakala lapan lagi penumpang pesawat berkenaan ditemui mati.

Pesawat jenis Pilatus buatan Switzerlan­d itu terputus hubungan dengan menara kawalan di Oksibil kelmarin sebelum ditemui terhempas di gunung Menuk di daerah Aerambakon di wilayah Papua pagi semalam.

Pihak berkuasa memberitah­u, pesawat itu dalam penerbanga­n dari Tanah Merah di Boven Digoel menuju ke Oksibil yang biasanya mengambil masa kira-kira 45 minit.

Pesawat sewa milik syarikat Dimonim Air berkenaan dikendalik­an oleh dua kru dan membawa tujuh penumpang.

“Lapan mangsa ditemui maut, manakala seorang ditemui masih hidup.

“Buat masa ini punca pesawat itu terhempas masih dalam siasatan yang dilakukan jawatan kuasa keselamata­n pengangkut­an nasional,” kata jurucakap tentera, Dax Sianturi.

Beberapa penduduk kampung di Okatem melaporkan mendengar bunyi bising sebelum disusuli dengan satu letupan kuat.

Anggota mencari dan menyelamat berjalan selama dua jam untuk tiba di lokasi pesawat itu terhempas sebelum membawa mayat dan mangsa yang terselamat keluar dari hutan tebal.

Penduduk di Papua bergantung pada pengangkut­an udara kerana wilayah berkenaan diliputi hutan tebal tetapi kurangnya kawalan pada aspek keselamata­n menyebabka­n kemalangan sering berlaku.

Pada Ogos 2015, sebuah pesawat komersial milik syarikat penerbanga­n Trigana terhempas di Papua akibat cuaca buruk menyebabka­n semua 54 penumpang terbunuh.

 ?? - AFP - AFP ?? KEADAAN pesawat Pilatus yang ditemui terhempas di gunung Menuk di daerah Aerambakon di wilayah Papua pagi semalam. ANGGOTA penyelamat mengusung seorang budak lelaki yang ditemui selamat selepas pesawat yang dinaikinya terhempas kelmarin.
- AFP - AFP KEADAAN pesawat Pilatus yang ditemui terhempas di gunung Menuk di daerah Aerambakon di wilayah Papua pagi semalam. ANGGOTA penyelamat mengusung seorang budak lelaki yang ditemui selamat selepas pesawat yang dinaikinya terhempas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia