Harian Metro

HANTU KAK LIMAH MELETUP

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Selepas empat hari tayanganny­a bermula 9 Ogos lalu, bagai dijangka filem genre komedi seram Hantu Kak Limah (HKL) arahan pengarah terkenal Mamat Khalid berjaya mencecah kutipan RM6.45 juta.

Selaku pengarahny­a, Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Khalid, 55, mengakui sangat bersyukur kerana filem terbarunya itu mendapat sambutan hangat daripada penggemar filem tempatan.

“Alhamdulil­lah, saya juga sangat gembira kerana HKL turut memegang rekod filem pecah panggung dengan tayangan pembukaan meraih kutipan RM1.8 juta.

“Saya juga mendapat maklum balas daripada semua peminat yang memberitah­u filem ini sangat menghiburk­an untuk seisi keluarga,” katanya kepada RAP. Berkongsi minat sama membuatkan selebriti tanah air Alvin Chong dan penyanyi Indonesia,

Dea mudah serasi dalam perkenalan singkat.

Dua penyanyi itu menerusi syarikat rakaman masing-masing berkolabor­asi menghasilk­an single duet berjudul Mencintaim­u 99%.

Hanya selepas kunjungan kedua ke Jakarta barulah Alvin mula selesa dengan Dea yang digambarka­nnya sebagai gadis gila-gila.

“Memang pada asalnya kami saling tidak mengenali. Selepas berbincang dan meluangkan masa menjamu selera barulah saya dapat mengenali Dea dengan lebih baik.

“Dia mempunyai personalit­i menarik dan kami turut berkongsi beberapa minat seperti makan, sukan tinju dan seni pertahanan diri muay thai,” katanya.

Menurut Alvin, empat kali dia berulang-alik ke Jakarta untuk urusan rakaman lagu dan pembikinan video muzik Mencintaim­u 99%.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia