Harian Metro

Bawa naskhah berbeza

- DARI MUKA R25

Sambutan hangat HKL suntik semangat

Mamat terus berikan hasil terbaik

Mengenai sasaran pula, Mamat berkata dia tidak mahu meletakkan sebarang sasaran dari segi kutipan kerana lebih suka penonton menilai sendiri hasil karyanya itu di pawagam.

“Saya sangat berharap lebih ramai peminat akan menonton filem HKL di pawagam berhampira­n sebelum tempoh tayangan berakhir,” katanya.

HKL adalah francais keempat kisah Kampung Pisang, bermula dengan Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

Mengenai kekuatan HKL, kata Mamat, naskhah itu sangat berbeza daripada karya yang pernah dihasilkan­nya sebelum ini.

“Biasanya, apabila menghasilk­an filem francais, saya sering menyelitka­n pelbagai mesej dan unsur satira.

“Mungkin ada yang menganggap naskhah kali ini jalan ceritanya lebih ringan berbanding­nya.

“Hakikatnya, kali ini saya hanya mahu melihat penonton bergelak ketawa dan terhibur bersama keluarga tanpa perlu berfikir apa-apa.

“Terus terang, sudah lama saya tidak berasa situasi sebegini di pawagam,” katanya.

Menurut Mamat, sambutan hangat terhadap HKL turut menyuntik semangatny­a untuk terus memberikan yang terbaik pada setiap karya dihasilkan.

“Semoga peminat mendoakan tahap kesihatan saya semakin bertambah baik ketika ini.

“Makumlah, saya masih menjalani rawatan di hospital untuk penyakit jantung dan doktor sering mengingatk­an supaya tidak berada dalam tekanan,” katanya.

Tahun lalu Mamat pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital kerana penyakit jantung.

Filem HKL turut menampilka­n barisan pelakon antaranya

Datuk Awie, Delimawati, Allahyarha­m Rab Khalid, TJ Isa, Sharwani, Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May, Erra Fazira, Jue Aziz, Sabri Yunus, Pekin Ibrahim dan Datuk Seri Vida.-Ramlah Zainal

 ??  ?? MAMAT (enam dari kiri) bersama barisan pelakon.
MAMAT (enam dari kiri) bersama barisan pelakon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia