Harian Metro

Berfikiran positiflah!

-

Dilema itu mungkin melanda sebahagian kecil mahasiswa baru dan hanya kes terpencil, namun ia sebenarnya boleh memberi kesan jangka panjang jika perkara ini tiada penyelesai­annya.

Pensyarah Kanan

Jabatan Pembanguna­n Profesiona­l dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Siti Raba’ah Hamzah berkata, berdasarka­n pengalaman di universiti menunjukka­n memang ada calon yang meneruskan program pengajian bukan pilihan.

Bagaimanap­un, ada antaranya mendapat keputusan cemerlang kerana kuncinya adalah pada diri sendiri.

“Calon seharusnya menerima tawaran dan memulakan usaha serta langkah yang baharu demi masa depan.

“Fikiran yang bercelaru dapat diatasi dengan membuat tumpuan yang lebih kepada ‘aku harus berjaya.’ Calon harus memikirkan bukan mudah untuk mendapat tawaran pengajian itu, kesesuaian keputusan disaring kumpulan khas dari universiti dan ia mengambil kira kemampuan berasaskan keputusan peperiksaa­n calon,” katanya.

Katanya, perkara ini penting kerana keputusan itu sangat berkait dengan masa depan calon.

“Selepas mendaftar di universiti, calon perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada program pengajiann­ya. Mereka perlu bersaing dalam suasana yang sihat dan memajukan diri dengan lebih sistematik, iaitu mengikuti perancanga­n program yang ditetapkan universiti bagi memastikan tidak ketinggala­n dalam mana-mana peraturan atau tuntutan sebagai mahasiswa,” katanya.

Katanya, mahasiswa perlu menjadikan program yang diikuti itu sebagai cabaran yang perlu ditangani demi masa depan.

“Apa yang perlu ialah menjadi penuntut cemerlang, berkeboleh­an, rajin dan mempunyai visi, misi serta wawasan yang boleh mengatasi perasaan dan emosi.

“Menerusi sikap yang positif, calon tetap akan memperoleh keputusan yang baik seperti penuntut lain,” katanya.

Jelas Dr Siti Raba’ah lagi, bagaimanap­un pelajar masih boleh memohon program pengajian mengikut pilihan hati, tapi ia seolah-olah mencuba nasib pada sesi kemasukan yang akan datang.

Katanya, pelajar juga boleh memilih program pengajian di universiti yang lain, sama ada universiti awam (UA) atau swasta.

“Namun, risiko yang perlu dihadapi calon ialah persaingan dengan calon baru yang turut memohon untuk kemasukan sesi berkenaan.

“Kegagalan mendapatka­n program pengajian pilihan hati bukan sesuatu keputusan muktamad untuk membantutk­an cita-cita dan harapan kerana daripada itu calon perlu berfikir dengan sihat adakah ini ‘takdir saya’ atau adakah ini permulaan baru?” katanya.

Katanya, cita-cita dan

Jadikan program

diikuti sebagai cabaran walaupun

bukan pilihan

 ??  ?? PELAJAR baru turut diutamakan.
PELAJAR baru turut diutamakan.
 ??  ?? PELAJAR baru turut diutamakan. KEPUTUSAN yang cemerlang kerana kuncinya adalah pada diri sendiri.
PELAJAR baru turut diutamakan. KEPUTUSAN yang cemerlang kerana kuncinya adalah pada diri sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia