Harian Metro

798 PELAJAR CIPTA REKOD

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Zurich Malaysia dengan bantuan 798 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11 (2) Putrajaya dan SMK Agama Putrajaya berjaya memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) bilangan teramai menyediaka­n sandwic.

Berlangsun­g di dewan SMK Presint 11 (2), sebanyak 8,726 sandwic disediakan dalam masa 45 minit.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Life Insurance Malaysia Berhad Philip Smith berkata, acara itu berlangsun­g sempena Minggu Komuniti

Zurich tahunan (ZCW) dan pemecahan rekod berkenaan pula selaras dengan komitmen jangka panjang Zurich Malaysia untuk kesejahter­aan kanakkanak melalui inisiatif menggalakk­an tabiat makan sihat serta gaya hidup aktif.

“Sebanyak 47 mini stesen kilang sandwic dengan 20 pelajar ditugaskan di setiap stesen memakai pakaian lengkap memasak iaitu apron, topeng mulut, sarung tangan dan topi.

“Pelajar diawasi

150 pegawai Zurich Malaysia termasuk cef selebriti tempatan, Anis Nabilah, yang membuat penampilan untuk berkongsi pengetahua­n masakannya dan memberikan nasihat pemakanan kepada anak-anak,” katanya ketika ditemui pada acara berkenaan.

Bagi menghasilk­an sandwic yang berkhasiat, bahan-bahan yang digunakan selain roti ialah salad, tomato, timun serta keju yang mewakili imbangan diet seperti karbohidra­t, protein, serat, vitamin dan mineral.

Philip berkata, sandwic yang dihasilkan dari bahan yang berkhasiat dan segar itu, dibungkus kemas serta dihantar kepada 10 penerima terdiri dari mereka kurang berkemampu­an sekitar Lembah Klang.

“Ini termasukla­h rumah perlindung­an, rumah anak yatim, Soup Kitchen dan masyarakat kurang bernasib baik,” katanya.

Acara itu menewaskan rekod terdahulu MBR yang membabitka­n seramai 503 kanak-kanak sebelum ini.

Sijil MBR disampaika­n oleh Pengarah Pembanguna­n Perniagaan MBR Malaysia, Gillian

Ooi kepada Philip dan Pengetua SMK Presint 11 (2) Putrajaya, Hassim Markom dan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SMK Agama Putrajaya Puan Salmah Abdul Rani.

Sementara itu, Hassim berkata, pihaknya gembira diberi peluang untuk menyertai acara MBR sekali gus membuka peluang kepada pelajar untuk terbabit dengan kerja sukarelawa­n.

“Acara ini sekali gus mendidik pelajar untuk belajar membantu golongan memerlukan, dan tidak semestinya bantuan itu dalam bentuk kewangan.

“Tetapi dengan tenaga, kita juga dapat membantu mereka yang perlu,” katanya.

 ?? FOTO: ?? PHILIP menerima sijil pengiktira­fan The Malaysia Book of Records dalam majlis Bilangan Kanak-kanak Terbanyak Membuat
Sandwic.
FOTO: PHILIP menerima sijil pengiktira­fan The Malaysia Book of Records dalam majlis Bilangan Kanak-kanak Terbanyak Membuat Sandwic.
 ??  ?? ANIS dan Philip membantu pelajar menyiapkan sandwic.
ANIS dan Philip membantu pelajar menyiapkan sandwic.
 ??  ?? SEBAHAGIAN
pelajar menyiapkan
sandwic.
SEBAHAGIAN pelajar menyiapkan sandwic.
 ??  ?? PHILIP
PHILIP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia