Harian Metro

100 MURID TADIKA SERTAI 5R

-

pelajar sekolah.

“Sekolah dan tadika yang berjaya mengumpul hasil jualan kitar semula berpeluang menerima hadiah berupa wang tunai yang ditaja sepenuhnya Syarikat Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N).

“Barangan kitar semula yang akan diambil kira adalah kertas, plastik, tin aluminium, kotak dan bekas kotak minuman,” katanya yang turut merasmikan acara berkenaan.

Pihak F&N selaku penaja yang menyokong usaha penjagaan alam sekitar juga berperanan membantu MBPJ dengan mengadakan lawatan ke tadika di Petaling Jaya untuk memberi didikan berkenaan penjagaan alam sekitar, kitar semula dan mendidik kanak-kanak melakukan pembersiha­n di tadika masing-masing.

Hadiah tempat pertama kutipan kitar semula tertinggi bagi tadika adalah sebanyak RM800, tempat kedua adalah RM500 dan tempat ketiga RM200.

Sementara itu, hadiah istimewa untuk kutipan tin minuman tertinggi adalah sebanyak RM300 dan hadiah istimewa daripada Tetra Pak Malaysia untuk kutipan bekas kotak minuman tertinggi pula berjumlah RM300.

Bagi kategori sekolah pula, terdapat dua kategori dibahagika­n iaitu kategori 1 sekolah rendah sementara kategori 2 untuk sekolah menengah. Hadiah bagi kedua-dua kategori adalah tempat pertama sebanyak RM1,000, tempat kedua RM900, tempat ketiga RM800, tempat keempat RM700.00 dan tempat kelima RM600.

Hadiah sagu hati juga akan diberikan untuk tempat keenam hingga kesepuluh iaitu sebanyak RM300.

Turut diperkenal­kan Anugerah Khas Kutipan Aluminium Tertinggi, Anugerah Khas Kutipan Plastik Tertinggi dan Anugerah Khas Kutipan Kotak Minuman Tertinggi. Masing-masing akan menerima RM500.

Mohd Azizi berkata, pelancaran program berkenaan akan mendapat penyertaan dan sambutan yang tinggi daripada pihak pengurusan tadika serta sekolah di Petaling Jaya. Majlis penyampaia­n hadiah dijangka diadakan pada Oktober ini.

 ??  ?? AZIZI (tiga kiri) ketika melancarka­n Program 5R Adventure.
AZIZI (tiga kiri) ketika melancarka­n Program 5R Adventure.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia