Harian Metro

Minat tuntung sejak kecil

-

Gelaran rapatkan hubungan Chen dengan penduduk Kampung Pasir Gajah,

Kemaman

“Ketika itu, saya belum lagi bergelar Dr (doktor falsafah) namun penduduk di situ lebih selesa memanggil saya ‘Mek’, nama panggilan untuk wanita di Terengganu.

“Namun, lamakelama­an, mereka mula memanggil saya sebagai Mek Tuntung bagi membezakan saya dengan wanita lain dan nama itu kekal sampai sekarang. Bagi saya, gelaran itu tidak penting kerana apa gunanya gelaran jika ia menjarakka­n hubungan saya dengan mereka.

“Mereka di sini melayan saya seperti keluarga sehinggaka­n saya turut dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp keluarga,” katanya sambil tersenyum.

Chen menerima Anugerah Commonweal­th Point of Light dari Ratu Elizabeth II pada 2 Julai lalu hasil usahanya melindungi spesies tuntung dengan kerjasama kerajaan dan masyarakat setempat.

Anugerah berkenaan diberikan kepada seorang penerima daripada 53 negara anggota Komanwel sebagai menghargai kerja sukarela yang dilakukan di mana Chen adalah rakyat Malaysia kedua menerima pengiktira­fan ini.

Chen juga adalah individu pertama yang melanjutka­n pengajian dalam bidang penyelidik­an tuntung dan kura-kura di Malaysia.

Menurut Chen, beliau tidak menyangka usahanya itu mendapat pengiktira­fan kerana apa yang dilakukan atas dasar minat dan sayang kepada tuntung yang diancam kepupusan.

“Sejak kecil, saya memang suka melihat tuntung dan minat terhadap haiwan ini semakin mendalam sebaik saja saya menamatkan pengajian Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 2004 sebelum meneruskan pengajian sarjana dalam bidang Biodiversi­ti dan Pemulihara­an di universiti sama pada 2008.

“Ketika melakukan penyelidik­an, saya menemui tuntung sungai di Sungai Kemaman dan semakin lama kajian dibuat, saya sedar usaha pemulihara­an perlu dilakukan segera sebelum spesies ini diancam kepupusan.

“Saya kemudian bekerjasam­a dengan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan penduduk kampung dari Kampung Pasir Gajah, Kampung Tok Kapor dan Kampung Dadong dalam projek pemulihara­an tuntung sungai,” katanya.

Chen yang juga Pengasas Bersama Persatuan Pemulihara­an Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia berkata, apa yang dilakukan sematamata mahu memulihara tuntung, penyu dan kura-kura daripada turut diancam kepupusan bagi memastikan generasi akan datang dapat melihat sendiri spesies ini dan bukannya hanya berdasarka­n gambar semata-mata.

“Saya tidak mengharapk­an pengiktira­fan, tetapi ia dilakukan sebagai tanggungja­wab dan apabila dipilih, saya bangga kerana kerja-kerja yang dilakukan membuka mata pihak antarabang­sa.

“Saya harap anugerah ini bukan hanya dapat menaikkan semangat saya untuk bekerja lebih keras namun dapat menarik masyarakat terutama golongan muda untuk bersama-sama melindungi spesies ini.

“Anugerah ini bukan untuk saya, tetapi semua pihak yang sentiasa bersama saya dengan matlamat sama mahu melindungi spesies tuntung, penyu dan kura-kura terutama tuntung,” katanya.

Menurut Chen, selain kerjasama daripada kerajaan dan penduduk setempat, biasiswa daripada CIMB Foundatian Regional Scholarshi­p yang diterimany­a pada

2011 untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah

(PhD) dalam bidang zoologi di Universiti Kebangsaan Malaysia juga membantuny­a merealisas­ikan penyelidik­annya.

“Selain CIMB dan

 ??  ?? CHEN melepaskan tuntung di Pusat Penetasan Tuntung, Kampung Pasir Gajah. ANTARA jenis tuntung yang dikenal pasti. CHEN bersama salah satu rangka tuntung di Galeri Tuntung. TEKNIK penjagaan tuntung turut dikongsi Chen.
CHEN melepaskan tuntung di Pusat Penetasan Tuntung, Kampung Pasir Gajah. ANTARA jenis tuntung yang dikenal pasti. CHEN bersama salah satu rangka tuntung di Galeri Tuntung. TEKNIK penjagaan tuntung turut dikongsi Chen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia