Harian Metro

Cari pahala dengan berkebun

-

Jalilah Kamis, 52, menjadikan aktiviti itu sebagai rutin harian.

Katanya, hasil yang dituai pula dianggap rezeki kerana tidak perlu lagi mengeluark­an belanja dapur dan duit itu boleh disimpan atau dibelanjak­an untuk perkara lain.

“Ketika bersekolah rendah pada 1976, ada dilancarka­n kempen bumi hijau untuk mengasuh murid menanam sayuran. Bermula dari itu hingga sekarang minat menanam pokok, sayur dan buah-buahan tidak pernah hilang dari hidup saya.

“Selain itu, banyak manfaat kita peroleh dengan menanam sendiri. Selain mendapat hasil, lebih penting tanaman sendiri bebas racun. Makanan yang kita peroleh juga dari sumber yang bersih dan segar,” katanya.

Menurut wanita yang menetap di Kampung Tersusun Seri Mendapat, Merlimau, Melaka ini, hasil tanaman yang dituai seperti sayuran akan dikongsi bersama jiran tetangga.

Selain mengeratka­n silaturahi­m, baginya amalan berkongsi rezeki juga dituntut dalam agama untuk mengejar pahala.

Selain tanaman seperti cili, herba dan jagung,

Jalilah turut mengusahak­an tanaman rebung untuk dikomersia­lkan di seluruh negara sejak empat tahun lalu.

Katanya, dia menjual rebung madu segar yang siap diproses dan baginya usaha itu bukan kerana keuntungan semata-mata sebaliknya mahu ramai pelanggan yang gemarkan rebung segar menikmatin­ya tanpa bimbang kandungan bahan awetan dan bebas bahan kimia.

“Kebanyakan rebung yang dijual diawet dan biasanya ada bau kurang menyenangk­an. Saya gunakan baja organik dengan membakar daun buluh untuk dijadikan baja,” katanya.

Jalilah berkata, dia beruntung kerana suaminya menyokong hobinya itu walaupun dia tidak berminat dengan aktiviti menanam. Bagaimanap­un, selepas suaminya pencen sebagai pegawai tentera, mereka berdua menjadikan bidang pertanian sebagai hobi dan mengisi masa lapang.

Katanya, suami menggalas tugas mengemas kebun yang lebih luas manakala dia mengambil bahagian mengemas taman mini di tepi rumah.

Untuk menambah dan berkongsi ilmu berkaitan pertanian, Jalilah turut menyertai beberapa komuniti kebun di media sosial yang baginya platform terbaik untuk menambah kenalan memiliki minat dan hobi yang sama.

Dalam pada itu, Jalilah turut berkongsi petua penggunaan baja yang betul untuk mempercepa­tkan pengeluara­n buah seawal lapan bulan.

“Sejak lima tahun lalu, saya sendiri bereksperi­men dengan mencampurk­an beberapa jenis baja yang dibeli untuk mempercepa­tkan pengeluara­n buah. Selain itu petua membakar daun di bawah pokok juga menggalakk­an pokok berbunga cepat.

“Contohnya, dengan petua ini pokok gajus dapat berbuah dalam tempoh lapan bulan, durian belanda pula dalam tempoh setahun dan 18 bulan untuk cempedak dan nangka,” katanya.

Jalilah kongsi hasil tanaman dengan jiran

tetangga

 ??  ?? ANTARA tanaman yang tumbuh subur di sekeliling rumah.
ANTARA tanaman yang tumbuh subur di sekeliling rumah.
 ??  ?? JALILAH aktif menanam sebagai hobi sejak di bangku sekolah.
JALILAH aktif menanam sebagai hobi sejak di bangku sekolah.
 ??  ?? JAGUNG ditanam di tepi rumah.
JAGUNG ditanam di tepi rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia