Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 6.30 petang AHMAD ROSLI ARWAHKAN KETUA KAMPUNG EPISOD 4 HBO HD (ASTRO 431), 2.50 petang MAID IN MANHATTAN TV3, 5.30 petang SESUCI CINTA SOFIYA EPISOD 23 TV3, 7 malam CINTA BUKAN KRISTAL EPISOD 4

Ahmad masih di kampung kerana motosikaln­ya rosak. Alat ganti untuk betulkan motosikaln­ya juga lambat tiba. Mahu atau tidak, dia terpaksa bermalam di kampung.

Pelakon: Hafidz Rosdi, Nur Risteena dan Jalil Hamid. Marisa Ventura ibu tunggal yang hidup bersama anak lelakinya, Ty. Untuk menampung kehidupan, Marisa bekerja sebagai orang gaji di Hotel The Beresford di Manhattan.

Ketika cuti sekolah, Ty banyak menghabisk­an waktu bersama rakan sekerja ibunya.

Kebanyakan rakan Marisa yakin satu hari nanti, dia akan dinaikkan pangkat dan bekerja di bahagian pengurusan.

Satu hari, ketika Marisa dan Stephanie membersihk­an bilik tetamu sosialis, Caroline Lane, Stephanie meyakinkan Marisa untuk mencuba kot rekaan Dolce & Gabbana milik Caroline.

Sebelum itu, Caroline ada berpesan kepada Stephanie untuk memulangka­n semula kot itu ke kedai, jadi Stephanie yakin Caroline tidak mahukan kot itu.

Pelakon: Jennifer Lopez, Ralph Fiennes dan Natasha Richardson. Johan menziarahi Husin yang nazak di hospital. Dia ingin bertemu Sofiya dan Johan menyampaik­an permintaan itu kepada Sofiya.

Pelakon: Rozita Che Wan, Rosyam Noor dan Aida Radzwill. Faridah runsing apabila ibunya asyik bertanya mengenai Aryana. Aryana pun sudah cukup dewasa untuk menjaga diri sendiri.

Pelakon: Ayda Jebat, Nina Iskandar dan Nazrief Nazri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia