Harian Metro

Sanggup buat ‘kerja luar’ demi nafsu

-

Nama pelakon wanita ini sudah cukup dikenali. Selain drama lakonan yang meletup, dia juga terkenal dengan pelbagai kontrovers­i yang dicipta.

Dalam pada namanya kian suram, pelakon wanita itu dilihat lebih mudah buat ‘kerja luar’ demi memuaskan nafsu sendiri.

Terbaru, rakan SS berkata pelakon wanita itu sanggup ‘check in’ hotel semata-mata mahu bersama seorang pelakon lelaki popular.

Kisahnya, pelakon wanita itu mengajak rakannya naik ke bilik hotel sebelum mereka bersamasam­a keluar menghadiri sebuah acara.

Setibanya rakan pelakon di bilik, dia tekejut kerana melihat pelakon lelaki itu ada bersama. Pelakon lelaki itu menyambut kehadiran rakan pelakon terbabit dengan senyuman mesra.

Kata rakan SS, rakan pelakon wanita itu pada mulanya tidak mahu bersangka buruk. Dalam fikirannya, mungkin pelakon lelaki itu datang melawat.

Namun, belum sempat rakan pelakon itu bertanya apa-apa dia terlebih dahulu melihat gigitan cinta di leher pelakon wanita itu. Malah, tanpa segan silu mengakui ia perbuatan pelakon lelaki terbabit.

Sempat juga pelakon wanita itu beraksi mesra dengan pelakon lelaki berkenaan namun beberapa kali menyatakan perasaan malu disebabkan kehadiran rakannya.

Cerita rakan SS, rakan pelakon itu berkata berkemungk­inan kedua-dua pelakon itu dalam keadaan separuh sedar kerana tengah ‘high’ dengan pengambila­n dadah. Disebabkan itu, tingkah laku mereka seperti manusia tidak berakal.

SS: Ada pelakon lelaki popular buat-buat baik depan peminat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia