Harian Metro

Tidak pasti dasar kerajaan

-

Kuala Lumpur: Ketidakpas­tian mengenai dasar kerajaan menjadi kebimbanga­n utama syarikat tempatan pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Syarikat penyelidik pasaran bebas, Ipsos Sdn Bhd mendapati daripada 100 syarikat Malaysia yang menyertai kaji selidik bertajuk ‘Apakah yang Membimbang­kan Perniagaan Malaysia’ menzahirka­n kebimbanga­n berhubung dasar ekonomi seperti cukai, perdaganga­n dan pelaburan serta menghalang keputusan perniagaan yang ketara.

Hasil kaji selidik itu mendapati, kekurangan hala tuju dasar yang jelas dan tegas meningkatk­an risiko untuk perancanga­n perniagaan jangka panjang.

“Walaupun wujudnya komunikasi antara kerajaan baharu, masih ada komuniti perniagaan berpendapa­t wujud kekurangan hala tuju yang jelas dan menyeluruh daripada kerajaan.

“Terdapat juga keinginan dalam kalangan perniagaan untuk mendapatka­n penjelasan lanjut tentang status beberapa projek mega yang dimulakan kerajaan sebelum ini.

“Perubahan besar yang berlaku ketika ini melahirkan kebimbanga­n kemungkina­n penamatan kontrak atau kelewatan projek yang sudah berada dalam perancanga­n perniagaan mereka,” katanya.

Sejumlah 100 responden perniagaan yang menyertai kaji selidik Ipsos membabitka­n syarikat perusahaan besar, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan multinasio­nal (MNC) tempatan.

Kaji selidik itu turut menggarisk­an penyusutan nilai ringgit menjadi kebimbanga­n kedua komuniti perniagaan terutama firma yang bergantung kepada import bahan perantara memandangk­an kejatuhan mata wang negara akan meningkatk­an kos pengeluara­n serta mengurangk­an margin keuntungan.

Menurut kaji selidik itu, kekhuatira­n terhadap kos yang terbabit dalam pemansuhan cukai barang dan perkhidmat­an (GST) juga menjadi kebimbanga­n komuniti perniagaan di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ipsos, Arun Menon berkata, kebanyakan responden perniagaan menyatakan kerajaan harus menumpukan usaha memastikan dasar yang konsisten dan menstabilk­an mata wang tempatan untuk mengurangk­an sebarang risiko perniagaan.

“Memastikan dasar konsisten dan memberikan masa peralihan yang mencukupi untuk sebarang perubahan besar menjadi satu lagi bidang yang komuniti perniagaan mahu kerajaan tangani.

“Berita baik untuk Malaysia adalah peralihan kuasa yang lancar, daya tarikan jangka panjang Malaysia sebagai destinasi pelaburan kini menjadi lebih kukuh. Bagaimanap­un, kerajaan perlu menyampaik­an satu dasar ekonomi yang jelas, konsisten dan menyeluruh,” katanya.

 ?? Arun Menon ?? Berita baik untuk Malaysia adalah peralihan kuasa yang lancar, daya tarikan jangka panjang Malaysia sebagai destinasi pelaburan kini menjadi lebih kukuh. Bagaimanap­un, kerajaan perlu menyampaik­an satu dasar ekonomi yang jelas, konsisten dan menyeluruh”
Arun Menon Berita baik untuk Malaysia adalah peralihan kuasa yang lancar, daya tarikan jangka panjang Malaysia sebagai destinasi pelaburan kini menjadi lebih kukuh. Bagaimanap­un, kerajaan perlu menyampaik­an satu dasar ekonomi yang jelas, konsisten dan menyeluruh”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia