Harian Metro

Rezeki di luar jangkaan

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com. my

Kerjaya sebagai penyanyi bukan mudah, lebih-lebih lagi kini apabila wajah baru muncul bak cendawan tumbuh lepas hujan.

Bagi penyanyi Wani Kayrie, dia tidak goyah dengan keadaan itu bahkan yakin mampu mengorak langkah sebagai anak seni.

Penyanyi berusia 18 tahun ini juga yakin dengan rezeki Tuhan buat dirinya selain terus rajin menimba ilmu dan mencari peluang dalam industri.

“Alhamdulil­lah, tahun ini Allah banyak kurniakan rezeki di luar jangkaan kepada saya.

“Selepas dapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya berpuas hati dan pada masa sama fokus untuk mengejar impian sebagai penyanyi, katanya.

Menurutnya, dia tidak merancang sebaliknya peluang dan pintu rezeki terbuka dengan sendirinya malah perjalanan seninya dipermudah­kan.

“Tahun ini, saya terima lebih banyak tawaran persembaha­n.

“Alhamdulil­lah, video yang saya muat naik di laman sosial termasuk tarian lagu Syantik tular, katanya.

Ditanya mengenai pelajaran, Wani yang meraih 7A dalam SPM akan menyambung pengajian tahun depan.

“Insya-Allah, andai semuanya berjalan lancar saya akan sambung. Tahun ini, saya dapat lampu hijau daripada ibu untuk fokus menyanyi,“katanya.

Bercerita lanjut perihal karier, penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Jangan itu barubaru ini menolak tawaran menghadiri uji bakat di pertanding­an bertaraf dunia kerana kekangan kewangan.

“Selepas Aidilfitri lalu, saya dipanggil untuk menyertai uji bakat ke pertanding­an World Championsh­ip of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat.

“Namun, saya terpaksa tolak kerana masalah kewangan. Jika mahu ke sana perlukan kos besar dan saya tak mampu, katanya.

Wani bagaimanap­un tidak terlalu kecewa dengan keputusan itu memandangk­an dia pernah membawa pulang beberapa pingat pertanding­an sama pada 2012.

Ditanya mengenai perancanga­n kerjaya dalam masa terdekat,

Wani berkongsi keinginann­ya untuk menyertai pertanding­an Liga Dangdut Asia di Indonesia.

“Saya sertai sesi uji bakat pertanding­an ini. Kalau ada rezeki, saya akan ke Jakarta jika sebaliknya, tak mengapa, katanya.

Wani tak ralat tolak uji bakat

ke pertanding­an WCOPA

 ??  ?? Insya-Allah, andai semuanya berjalan lancar saya akan sambung. Tahun ini, saya dapat lampu hijau daripada ibu untuk fokus menyanyi
Insya-Allah, andai semuanya berjalan lancar saya akan sambung. Tahun ini, saya dapat lampu hijau daripada ibu untuk fokus menyanyi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia