Harian Metro

SUNTIKAN DANA KELAS KAFA

-

Tiada bilik darjah dan hanya belajar di dewan terbuka dalam keadaan panas serta tidak selesa.

Itu cabaran yang terpaksa dilalui lebih 600 murid di Sekolah KAFA Intergrasi al-Mu’min,

Kuala Langat, Selangor untuk menuntut ilmu disebabkan kekurangan kemudahan di sekolah berkenaan.

Bagaimanap­un, kedaifan sekolah itu mendapat perhatian PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) dan anak syarikatny­a, Park Here Sdn Bhd (PHSB) yang menyalurka­n peruntukan RM35,000 bagi menaik taraf sekolah terbabit.

Tahun ini, sekolah berkenaan menerima pendaftara­n masuk

443 murid dan terpaksa menggunaka­n ruang solat perempuan untuk dijadikan kelas bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah.

Ketua Pegawai Eksekutif PREC Fakru Radzi Ab Ghani berkata, keselesaan tempat belajar sangat penting untuk memastikan muridmurid dapat menjalani pembelajar­an dengan baik.

“Diharapkan sumbangan ini dapat merealisas­ikan usaha ini dan mengurangk­an kos menaik taraf bagi tujuan pengajaran serta pembelajar­an (P&P).

“Usaha ini sangat penting bagi menyediaka­n tempat belajar dan mengajar yang kondusif kepada murid dan guru,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dilaksanak­an PREC untuk dinikmati masyarakat.

“Ramadan lalu umpamanya, kami mengadakan program Kembara Ramadan dengan mengunjung­i rumah anak yatim, warga emas, orang kurang upaya dan kanakkanak autisme untuk memberikan sumbangan serta berkongsi kasih sayang kepada mereka.

“Kami juga merancang memberikan penajaan seperti subsidi bil utiliti rumah kebajikan terpilih dan Pusat Tuisyen Sayang kerana memberikan khidmat tuisyen secara percuma kepada pelajar miskin bandar,” katanya.

PREC adalah syarikat pelaburan hartanah dan anak syarikat Selangor yang ditubuhkan pada 2012. -

 ??  ?? FAKRU Radzi (dua dari kiri) menyampaik­an replika cek kepada Pengerusi Sekolah KAFA Integrasi Al-Mu’min, Ismael Hamat.
FAKRU Radzi (dua dari kiri) menyampaik­an replika cek kepada Pengerusi Sekolah KAFA Integrasi Al-Mu’min, Ismael Hamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia