Harian Metro

SANGGUL RINGKAS PINTALAN KASIH

-

tanpa perincian khusus, sanggul tetap nampak indah dan mudah menarik perhatian sesiapa saja.

Jika ada yang mengatakan gaya bersanggul tampak ketinggala­n zaman dan kekampunga­n, mungkin mereka perlu berpaling, melihat bagaimana masyarakat wanita di barat menggayaka­n dandanan sanggul untuk tampil elegan di majlis mahupun khalayak ramai.

Jelas sekali bersanggul tidak sedikitpun mengurangk­an ciri moden dalam gaya, sebaliknya berupaya menonjolka­n karakter, keyakinan diri dan kekemasan dalam penampilan.

Pendandan Rambut Profesiona­l D&D Beauty House, Aida Amani Miss

Hanya perlu getah pengikat rambut, pin, sikat

dan semburan untuk perkemas dandanan

Fathir mencadangk­an sanggul ringkas pintalan kasih untuk mereka yang mahu menggayaka­n busana tradisi atau tampil dengan gaya kasual bersama rakan dan teman.

Tidak memerlukan banyak peralatan khusus, Aida berkata, sanggul ringkas ini hanya memerlukan getah pengikat rambut, pin, sikat dan semburan untuk memperkema­skan dandanan.

“Selain melengkapk­an gaya, sanggul ini juga sesuai untuk dandanan pengantin, menghadiri majlis makan malam, kenduri atau apa saja jemputan rasmi yang memerlukan wanita tampil elegan,” katanya.

Sediakan kuntuman bunga kesukaan atau pencucuk sanggul moden yang kini banyak di jual di kedai aksesori. Ikuti langkah demi langkah mendandan rambut Puteri Khairiyah Ikhwan, 18.

 ??  ?? BUAT lubang di bahagian atas yang diikat dan masukkan rambut bahagian bawah ke dalamnya dan ulang sehingga rambut membentuk pintalan. Dalam masa sama, lurutkan ikatan ke bawah secara perlahan-lahan.
BUAT lubang di bahagian atas yang diikat dan masukkan rambut bahagian bawah ke dalamnya dan ulang sehingga rambut membentuk pintalan. Dalam masa sama, lurutkan ikatan ke bawah secara perlahan-lahan.
 ??  ?? SANGGUL pintalan kasih.
SANGGUL pintalan kasih.
 ??  ?? AMBIL rambut bahagian tengah dan ikat. Ulang langkah kedua. Ulang langkah sama untuk baki rambut yang belum diikat.
AMBIL rambut bahagian tengah dan ikat. Ulang langkah kedua. Ulang langkah sama untuk baki rambut yang belum diikat.
 ??  ?? PINTAL lebihan rambut dan kemaskan dengan pin.
PINTAL lebihan rambut dan kemaskan dengan pin.
 ??  ?? AMBIL satu pertiga rambut dan ikat kemas.
AMBIL satu pertiga rambut dan ikat kemas.
 ??  ?? SELIT aksesori jika perlu.
SELIT aksesori jika perlu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia