Harian Metro

RM19,000 menunggu kaki pancing

-

Kuala Lumpur: Spesies ikan terbaik, antaranya tongsan, rohu dan toman bersaiz lapan hingga 15 kilogram (kg) menanti pemancing di Taman Tasik Metropolit­an Batu, Ahad ini.

Malah, hadiah wang tunai RM19,000 menanti 1,000 pemancing yang dijangka menyertai Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2018, di tasik itu, nanti.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelanconga­n dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khairul Anuar Mhd Juri, berkata pertanding­an bagi tahun ketujuh, siri kelima anjuran DBKL itu diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaa­n.

Katanya, acara bertemakan [Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera’ itu memberi peluang kepada pemancing membawa keluarga untuk beriadah, sekali gus menghidupk­an suasana tasik yang ada di sekitar ibu kota.

“Sudah lama tidak diadakan program di tasik ini dan kali ini, JPKL bertandang lagi ke sini, JPKL bertandang di sini lagi bagi memenuhi kehendak kaki pancing dan menghidupk­an semula suasana di Taman Metropolit­an Batu.

“Hadiah turut dikekalkan dengan pemenang tempat ke-11 hingga ke-100 akan membawa pulang RM100,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies, antaranya patin dan jelawat bersaiz antara empat hingga lima kg, di tasik itu, semalam.

Penampilan rakan strategik yang baharu iaitu Sardin Viral turut merancakka­n aktiviti sihat itu dengan menyediaka­n sumbangan kepada peserta yang mendaftar awal dan cabutan bertuah.

Juara pertanding­an akan membawa pulang RM5,000, diikuti RM2,000 untuk naib juara dan ketiga, bakal memperoleh RM1,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia