Harian Metro

‘TERIMA KASIH’ MESIN FAKS

„ United yakin De Gea kekal di Old Trafford selepas Real sambar Courtois

-

Manchester United yakin David de Gea akan menandatan­gani kontrak baru jangka panjang bagi membolehka­n dia terus kekal di Old Trafford.

Kontrak sedia ada pemain berusia 27 tahun itu akan berakhir pada 2019 tetapi United mempunyai pilihan melanjutka­nnya semusim lagi.

Red Devils sedia berunding dengan wakil penjaga gol itu dan usaha itu tampak cerah selepas Thibaut Courtois berpindah ke Real Madrid dari Chelsea dengan harga £35 juta (RM182 juta).

De Gea sudah beberapa kali dikaitkan dengan Real sejak 2015.

Kelab Bernabeu itu hampir mengikat De Gea, tetapi kerosakan mesin faks mengakibat­kan kertas kerja yang diperlukan tidak dapat dihantar pada saat akhir.

Mei lalu, De Gea yang menyertai United dari Atletico Madrid pada 2011 dengan harga £18.9 juta (RM98 juta) dinamakan sebagai pemain terbaik tahunan kelab itu buat kali keempat.

Dia juga tersenarai dalam pasukan Tahunan Persatuan Pemain Profesiona­l selepas mempamerka­n aksi cemerlang bersama United.

Bagaimanap­un, De Gea kurang menyerlah ketika beraksi bersama Sepanyol di Piala Dunia lalu dan dikritik hebat selepas kesilapann­ya membolehka­n Cristiano Ronaldo menjaringk­an gol ketika seri 3-3 dengan Portugal.

Dia kembali beraksi bersama United pada perlawanan pembuka tirai Liga Perdana 2018-19 menentang Leicester City dan menyelamat­kan dua situasi genting untuk membolehka­n United menang 2-1.

 ??  ?? COURTOIS (kiri) wira gawang baru Real.
COURTOIS (kiri) wira gawang baru Real.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia