Harian Metro

GAJAH AMUK KAKI DILANGGAR

„ Pemuda terlanggar kaki gajah terima 20 jahitan, cedera di muka

- Ibrahim Isa ibrahim@nstp.com.my

“Pesanan penduduk kampung supaya tinggalkan kenderaan jika berlaku kemalangan dengan gajah menyelamat­kan nyawa saya,” kata Mohd Khairol Abdul Karim, 33, mangsa serangan gajah di Batu 8, Jalan Mawai, Kota Tinggi, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza dipandunya dipijak lebih seekor gajah selepas dia terlanggar kaki kiri seekor haiwan berkenaan.

Mohd Khairol berkata, kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Padang, Tanjung Sedili selepas melawat anak keempat dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, sejak empat hari lalu.

Katanya, apabila tiba di lokasi menuruni bukit, dia tiba-tiba ternampak paha gajah dan tidak sempat berbuat apa-apa.

“Saya nekad memperlaha­nkan kenderaan namun terlanggar kaki kiri belakang haiwan itu.

“Ketika itu kaca bertaburan dan apabila kakinya diangkat, kereta terus menggelong­sor ke bawah.

“Saya memberhent­ikan kenderaan di kiri bahu jalan dan teringat pesanan penduduk kampung supaya melarikan diri. Saya keluar dan berlari 50 meter sambil meminta bantuan pengguna jalan lain,” katanya.

Menurutnya, 15 minit kemudian ketika beberapa orang pengguna jalan yang lain memberikan bantuan kepadanya beberapa gajah dipercayai kumpulan gajah sama kembali dan menyerang kenderaann­ya.

Katanya, pengguna jalan terbabit hanya membiarkan gajah itu melepaskan geram sebelum semuanya beredar ke dalam ladang kelapa sawit di kawasan berhampira­n.

“Sebelum ini, saya tidak pernah melihat gajah melintas di kawasan itu, ia cuma melintas di kawasan lain kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian,” katanya.

Mohd Khairol yang bekerja sebagai pemandu traktor berkata, akibat kejadian itu dia terpaksa menerima hampir 20 jahitan di kepala, pipi, kelopak dan atas mata serta bibir kiri.

“Bahu, tangan dan kaki kiri turut bengkak. Buat masa ini saya masih belum larat untuk melawat anak dan isteri di HSI kerana masih lemah.

“Saya akan ke sana apabila badan kembali sihat,” katanya.

Menurutnya, dia lega kerana hanya cedera ringan dan tidak salahkan haiwan itu, namun berharap pihak berkuasa akan menempatka­n gajah berkenaan di tempat lebih sesuai.

 ??  ??
 ??  ?? KERETA dinaiki Mohd Khairol remuk akibat diserang gajah.
KERETA dinaiki Mohd Khairol remuk akibat diserang gajah.
 ??  ?? MOHD Khairol menerima 20 jahitan akibat kecederaan dialami.
MOHD Khairol menerima 20 jahitan akibat kecederaan dialami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia