Harian Metro

LANGKAH KANAN ANAK WATAN KITA

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

„ Ketajaman peledak diharap mampu robek gawang Korea Selatan

Harapan skuad bawah 23 tahun negara (B-23) untuk melakukan kejutan ke atas juara bertahan Korea Selatan di Sukan Asia Jakarta-Palembang, esok pasti disandarka­n kepada gandingan penyerang Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Syafiq Ahmad.

Kombinasi ‘SAS’ itu mempamer ketajaman dengan masing-masing meledak gol untuk membantu Malaysia membuka kempen Kumpulan E dengan langkah kanan mengatasi Kyrgyzstan 3-1 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, semalam.

Bagi Safawi yang menjaringk­an gol pertama menerusi sepakan penalti pada minit ke-37 sebelum mencipta peluang untuk Akhyar dan Syafiq melebarkan kedudukan pada separuh masuk kedua percaya, persembaha­n mereka masih belum sempurna.

“Alhamdulil­lah kita mendapat tiga mata hari ini, tapi kita perlu perbaiki kelemahan yang ada.

“Pada separuh masa kedua kita bermain lebih baik berbanding separuh masa pertama. Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan apabila dapat bangkit untuk menghasilk­an gol.

“Sebagai penyerang, saya perlu lebih tajamkan gerakan penyudah untuk menjaringk­an gol,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

Ini perlawanan kedua berturut-turut buat Safawi dan Akhyar yang menyaksika­n mereka menjaringk­an gol selepas menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-0 dalam aksi pemanas badan sebelum tiba di Bandung.

Pertembung­an dengan Korea Selatan yang diperkuatk­an bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min pasti menarik selepas Malaysia tewas 1-2 dalam perlawanan suku akhir Kejohanan AFC B-23 di China, Januari lalu.

“Pada saya ini peluang terbaik untuk kami menebus kehampaan sebelum ini. Mungkin kita boleh melakukan sesuatu untuk cuba mencuri sekurang-kurangnya satu mata,” kata Safawi.

 ??  ??
 ??  ?? SKUAD B-23 negara meraikan gol selepas berjaya membolosi gawang Kyrgyzstan.
SKUAD B-23 negara meraikan gol selepas berjaya membolosi gawang Kyrgyzstan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia