Harian Metro

ISTERI ELOK DIAM!

- lapor Mohd Azam Shah Yaacob dan Faris Fuad

Sehari selepas isteri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan mempertika­ikan laporan siasatan kematian suaminya, polis meminta wanita berkenaan tidak bersuara kerana dia adalah salah seorang suspek. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya sudah dan akan memanggil sekali lagi Samirah Muzaffar untuk diambil keterangan,

„ Isteri ketua pegawai eksekutif ditegah keluar kenyataan pertikai laporan siasatan Apabila siasatan lengkap, kami maklumkan serta beri dia hasil laporan

Fadzil Ahmat

Balu Allahyarha­m Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) Nazrin Hassan, yang maut dalam kebakaran di kediamanny­a 14 Jun lalu, kini antara suspek yang turut disiasat polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, wanita terbabit, Samirah Muzaffar turut berada dalam senarai individu yang disiasat dan dipanggil memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Katanya, polis sebelum ini merakam keterangan daripada Samirah dan berkemungk­inan memanggiln­ya semula bagi dirakamkan percakapan.

“Sebelum ini, kami panggil Samirah untuk beri keterangan dan terbaru kami panggil dia semalam (kelmarin). “Dan mungkin, kami panggil dia lagi bagi diambil keterangan semula,” katanya ketika dihubungi semalam.

Fadzil berkata, sebagai individu yang turut disiasat, beliau meminta Samirah berhenti mengeluark­an kenyataan termasuk mempertika­ikan laporan forensik dikeluarka­n Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang didakwa bercanggah dengan laporan bedah siasat dikeluarka­n Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, kes kematian Nazrin kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sekali gus memerlukan siasatan lengkap dan menyeluruh.

“Segala hasil siasatan seperti laporan forensik, laporan bedah siasat dikira sulit dan hanya boleh didedahkan apabila kertas siasatan lengkap.

“Siasatan ini termasuk merekodkan keterangan individu tertentu seperti pegawai yang melakukan bedah siasat mayat dan juga Samirah.

“Saya nasihatkan dia (Samirah) tidak bercakap apa-apa mengenai kes itu kerana dia juga turut berada dalam siasatan.

“Apabila siasatan lengkap dan sampai pada masanya, kami maklumkan serta beri dia (Samirah) hasil laporan kes,” katanya.

Pada 14 Jun lepas, Nazrin ditemui meninggal dunia selepas terperangk­ap dalam kebakaran di bilik tingkat atas rumahnya di Mutiara Homes di sini, dengan kesan kebakaran 30 peratus di badannya.

Sementara itu sumber berkata, JPBM menyerahka­n kes siasatan kepada polis dan isteri mangsa sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya mengeluark­an kenyataan berhubung isu itu selepas ia selesai sepenuhnya.

“Kami bongkar semua (maklumat berkaitan selepas siasatan polis selesai).

“Ketika ini kami diminta penasihat undang-undang supaya berdiam diri, tidak boleh komen selagi siasatan tidak selesai,” katanya.

Kelmarin Samirah mengeluark­an kenyataan membidas hasil siasatan kematian suaminya yang didakwa sebagai bercanggah.

Katanya, percanggah­an berlaku apabila hasil laporan forensik JBPM serta laporan bedah siasat dikeluarka­n Jabatan Forensik HKL tidak sama.

Malah, Samirah mendakwa keluarga tidak diberikan maklumat berkaitan siasatan kes membabitka­n arwah suaminya.

Dia mendakwa laporan menyebut suaminya cedera akibat penembusan tumpul di beberapa bahagian badan dan laporan itu mengesahka­n punca kematian akibat komplikasi letupan.

Samirah juga mendakwa bedah siasat dilakukan ahli patologis kanan di HKL mengesahka­n punca kematian suaminya dan tiada tertulis di dalam laporan mengenai kesan petrol di kepala atau di bahagian badan lain.

Beliau berkata, Nazrin juga tidak mengambil ubat dan perkara itu juga disahkan dalam laporan yang menyebut tiada sebarang dadah, bahan asing atau alkohol ditemui.

Wanita berkenaan juga meminta siasatan berhubung kematianny­a dijalankan dengan beretika, telus dan bertanggun­gjawab.

 ??  ?? Antara suspekdisi­asat keskematia­n CEOCradleF­und
Antara suspekdisi­asat keskematia­n CEOCradleF­und
 ??  ?? MANGSA ditemui mati akibat kebakaran di bilik tingkat atas rumahnya di Mutiara Homes pada 14 Jun lalu.
MANGSA ditemui mati akibat kebakaran di bilik tingkat atas rumahnya di Mutiara Homes pada 14 Jun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia