Harian Metro

‘Pulanglah balik duit ayah’

„ Pemuda mohon ihsan individu ambil wang RM4,900 di mesin deposit tunai

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

“Wang itu dikumpulka­n hasil penat lelah ayah selama setahun untuk simpanan bagi menunaikan ibadah haji.

“Saya harap individu yang ambil wang itu memulangka­n kembali sebelum polis mengambil tindakan berikutan wajahnya sudah dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Sekiranya individu berkenaan memulangka­n kembali wang terbabit, kami berjanji tidak akan mengambil tindakan,” kata Iman Bukhari Omar, 25, ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi, 6 Ogos lalu, bapanya, Omar Md Nor, 45, kerugian RM4,900 selepas wang yang ingin dimasukkan ke dalam akaun banknya menggunaka­n mesin deposit tunai (CDM) dicuri individu lain sewaktu melakukan transaksi di sebuah bank di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu.

Menurut Iman, ketika kejadian bapanya mengeluark­an wang daripada akaun banknya berjumlah RM5,000 untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan Tabung Haji.

“Transaksi deposit wang itu dibatalkan beberapa kali disebabkan sekeping wang kertas RM100 gagal diterima oleh CDM. Jadi, ayah mengambil keputusan memasukkan RM4,900 saja.

“Disebabkan tidak biasa menggunaka­n CDM, ayah menekan butang meneruskan transaksi sebelum meninggalk­an mesin berkenaan selepas yakin traksaksi sudah selesai.

“Malangnya urusan itu sebenarnya masih belum selesai disebabkan ayah belum menekan butang ‘Ya’ pada mesin terbabit dan terdapat individu yang beratur di belakang ayah mengambil kesempatan dengan membatalka­n transaksi terbabit apabila tiba gilirannya menggunaka­n mesin berkenaan.

“Dia didapati mengambil wang RM4,900 milik ayah yang dibatalkan daripada mesin terbabit dan beredar dengan keadaan tergesa-gesa tanpa memaklumka­n kepada ayah yang ketika itu masih berada di dalam bank dan sedang melakukan urusan di mesin pengeluara­n wang yang terletak bersebelah­an CDM berkenaan,” katanya.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, kejadian disedari bapanya sehari kemudian apabila semakan dilakukan mendapati wang berkenaan tidak dimasukkan ke dalam akaun simpananny­a.

“Susulan itu, ayah membuat laporan di Balai Polis Badang, Kota Bharu pada hari sama. Polis juga sudah mengambil rakaman CCTV di lokasi kejadian dengan kerjasama pihak bank.

“Saya harap individu berkenaan dapat memulangka­n kembali wang itu sebelum polis menahannya.

“Sekiranya takut atau malu untuk bersemuka, dia boleh masukkan kembali wang itu ke akaun Maybank milik ayah bernombor 1530104025­75,” katanya yang menetap di Kijang, Kota Bharu.

Kejadian menjadi tular di media sosial apabila Iman memuat naik status di Facebook (FB) miliknya bagi meminta individu yang mengambil wang berkenaan memulangka­nnya kembali kepada keluargany­a pada 13 Ogos lalu.

 ??  ?? IMAN Bukhari memuat naik status di FB untuk meminta individu yang mengambil wang daripada mesin CDM mengembali­kan wang itu.
IMAN Bukhari memuat naik status di FB untuk meminta individu yang mengambil wang daripada mesin CDM mengembali­kan wang itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia