Harian Metro

‘Sudah ada pengganti Aweera’

-

Kuala Lumpur: Kumpulan rock Prime Domestic tidak terjejas dengan tindakan penyanyi utamanya, Aweera yang meninggalk­an kumpulan itu sejak sebulan lalu.

Pengurus Prime Domestic, Noh Abdul Rahman, 40, atau lebih dikenali sebagai Noh Alonso berkata, mereka juga sudah menemui penyanyi yang sesuai untuk menggantik­an tempat Aweera.

“Kita sudah ada pengganti Aweera. Namun, buat masa ini biarlah kami merahsiaka­nnya dulu,” katanya.

Ditanya mengenai prestasi Aweera ketika bersama kumpulan yang diterajui bekas pemain gitar Wings, Joe itu, Noh berkata, dia tidak menafikan Aweera gagal memberikan kualiti persembaha­n yang diharapkan.

“Prime Domestic kerap berdepan masalah Aweera gagal menyanyi dengan baik walaupun hanya untuk majlis makan malam yang santai.

“Dia sering tidur lambat, menganggap rezekinya tiada bersama kumpulan itu.

Selain Aweera, turut meninggalk­an kumpulan itu terlebih dulu ialah pemain gitar, Hillary Ang dan pemain bass, Fauzi sekali gus menjadikan Prime Domestic kini hanya dianggotai Joe dan Ainol (dram).

Ditanya mengenai tindakan Hillary itu, Noh berkata, dia sepatutnya lebih tahu masalah yang berlaku dan tak perlu menyerahka­n perkara ini kepada Joe untuk menjawabny­a.

“Dia yang ambil keputusan untuk keluar dari Prime Domestic dan kami tak dapat menghalang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia