Harian Metro

Nilai murni Cerita Kita

- Nor Akmar Samudin dan Husna Alias am@hmetro.com.my

PETRONAS semalam melancarka­n kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 bertajuk Cerita Kita yang menggalakk­an perpaduan dan harmoni dalam masyarakat melalui kaca mata kanak-kanak.

Kempen yang disiarkan menerusi pelbagai platform di seluruh negara itu antara lain mengadakan pameran komersial dan siaran komersial 60 saat di televisyen yang memberikan kesinambun­gan dalam usaha PETRONAS untuk menggalakk­an perpaduan dan perpaduan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi

„ PETRONAS anjur kempen galak perpaduan masyarakat melalui kaca mata kanak-kanak

Strategik Kumpulan PETRONAS, Zahariah Abd Rahman berkata, mereka berharap kempen itu dapat berfungsi sebagai peringatan berterusan mengenai apa yang menjadikan semua rakyat Malaysia istimewa.

“Melalui kempen ini, kami menyampaik­an cerita inspirasi yang menyerapka­n nilai murni yang kerap kami kongsikan.

“Nilai yang menghimpun­kan kita sebagai bangsa unik, sekali gus menggambar­kan kita benar-benar rakyat Malaysia,” katanya pada pelancaran Pameran Ceritera Kita dan TV Komersial Cerita Kita di Galeri PETRONAS.

Pelancaran kempen disempurna­kan Pengerusi PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam Salleh.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Pada pelancaran berkenaan, PETRONAS mengadakan tayangan komersial 60 saat sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018.

Zahariah berkata, komersial 60 saat itu menyiarkan gambar menarik diambil 10 kanak-kanak berusia antara 5 dan 13 tahun dari seluruh negara.

Melalui lensa kamera masing-masing, mereka menzahirka­n harapan, cinta, wira dan kehidupan pelbagai keluarga di Malaysia.

Orang ramai boleh melihat komersial 60 saat itu pada semua platform media sosial rasmi PETRONAS mulai semalam.

Manakala iklan televisyen 60 saat disiarkan dari 23 hingga 31 Ogos ini sementara dua iklan khas 30 detik disiarkan dari 1 hingga 16 September depan.

“Galeri PETRONAS juga mempamerka­n pameran seni bertajuk Ceritera Kita yang mempamerka­n aktiviti sosial korporat PETRONAS dan bagaimana masyarakat mendapatka­n manfaat daripadany­a,” katanya.

Pameran dibuka kepada umum dari 16 Ogos hingga 30 September depan. Masuk adalah percuma.

 ?? Zahariah ?? AHMAD Nizam (kanan), Wan Zulkiflee (kiri) dan Zahariah (tiga dari kiri) bersama pelakon Cerita Kita, semalam. Melalui kempen ini, kami menyampaik­an cerita inspirasi yang menyerapka­n nilai murni yang kerap kami kongsikan”
Zahariah AHMAD Nizam (kanan), Wan Zulkiflee (kiri) dan Zahariah (tiga dari kiri) bersama pelakon Cerita Kita, semalam. Melalui kempen ini, kami menyampaik­an cerita inspirasi yang menyerapka­n nilai murni yang kerap kami kongsikan”
 ??  ?? BENDERA yang dihias oleh penduduk di sekitar taman.
BENDERA yang dihias oleh penduduk di sekitar taman.
 ??  ?? PENDUDUK Taman Desa Harmoni mengibarka­n Jalur Gemilang.
PENDUDUK Taman Desa Harmoni mengibarka­n Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia