Harian Metro

20 keluarga pasang 1,000 bendera

-

Johor Bahru: Walaupun hidup di kawasan kejiranan bandar raya yang sibuk, semangat menyambut Hari Kebangsaan tidak pernah luntur di jiwa 20 keluarga yang tinggal di Taman Desa Harmoni di sini.

Pengerusi Kejiranan 4/23 taman itu, Abdullah Nawawi Hamzah, 53, berkata penduduk tidak diberikan dana ataupun dibekalkan Jalur Gemilang untuk menghias kediaman mereka sempena Hari Kebangsaan.

Namun katanya, atas inisiatif dan semangat patriotik, semua penghuni di kawasan itu menghias rumah mereka dengan Jalur Gemilang menggunaka­n wang sendiri.

“Pada mesyuarat tahunan, kami ada cadangkan supaya pada awal Ogos, setiap rumah memasang bendera bagi memupuk semangat cintakan negara.

“Alhamdulil­lah, cadangan ini disambut baik penduduk di sini dengan hampir 1,000 bendera pelbagai saiz digantung dan dihias di pagar dan perkaranga­n rumah masing-masing.

“Kali terakhir kejiranan ini dihias bendera pada 2014 apabila menyertai Pertanding­an Keceriaan Merdeka anjuran Jabatan Penerangan tetapi selepas itu hanya beberapa rumah memasang bendera pada tahun berikutnya,” katanya.

Abdullah Nawawi berkata, tujuan utama menghias kawasan kejiranan dengan Jalur Gemilang untuk memupuk semangat toleransi, kerjasama dan patriotik dalam kalangan jiran.

Katanya, keadaan di bandar dan di kampung jauh berbeza kerana penghuni di bandar biasanya sibuk dengan urusan peribadi dan kurang bersosial.

“Pemasangan bendera hanya simbolik, yang penting apabila kita anjurkan program seumpama ini, ramai jiran membantu memeriahka­n suasana, memasang bendera dan bergotong-royong.

“Program seumpama ini sekali gus memupuk semangat anak sebagai generasi seterusnya untuk lebih cintakan negara.

“Kalau generasi sekarang tidak berusaha menunjukka­n semangat cintakan negara yang merdeka ini, mungkin generasi akan datang tidak tahu menghargai erti kemerdekaa­n,” katanya.

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia