Harian Metro

Main ugut pula

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

„ Guru ketakutan digertak ahli Macau Scam menyamar polis, pegawai bank lesap RM50,000

Diugut akan ditahan di dalam lokap selama 45 hari dan semua aset berharga milik mangsa akan dibekukan serta-merta.

Ternyata taktik ugutan digunakan ahli sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis serta pegawai bank itu berhasil menakut-nakutkan seorang guru untuk menyerahka­n wang berjumlah RM50,000.

Mangsa berusia 40-an menjadi mangsa terbaru sindiket berkenaan yang menyamar sebagai pegawai bank dengan memberitah­u kononnya mangsa memohon pinjaman bank.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa bagaimanap­un menafikan ada membuat pinjaman peribadi daripada bank berkenaan.

“Mangsa kemudian disambung ke talian didakwa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pulau Pinang dan bercakap dengan penjenayah menyamar Sarjan Azman.

“Mangsa kemudian diberitahu dua akaun banknya terbabit dengan kes dadah,” katanya.

Muhammad Azlin berkata, mangsa juga diberitahu ada tangkapan dilakukan terhadap seorang lelaki melalui akaun banknya.

“Sindiket berkenaan kemudian meminta mangsa memindahka­n wang ke akaun sementara bagi memudahkan Bank Negara membuat siasatan.

“Mangsa yang panik kemudian membuat pemindahan RM50,000 ke akaun bank diberikan suspek.

Suspek diugut akan ditahan di lokap jika tidak memberi kerjasama selain hartanya disita,” katanya.

Menurutnya, selepas melakukan pindahan wang, suspek gagal dihubungi dan mangsa kemudian membuat laporan polis kerana berasa tertipu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia