Harian Metro

Waspada, hormati Pak Belalai

-

Pengguna Jalan Kota Tinggi-Mersing dan Mersing-Kluang perlu lebih berhati-hati dan menghormat­i gajah di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor Jamalun Nasir Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai seorang lelaki melanggar seekor gajah di Batu 8, Jalan Mawai, Kota Tinggi, malam kelmarin dan melakukan siasatan di tempat kejadian semalam.

Katanya, pemeriksaa­n di tempat kejadian beliau dan anggotanya mendapati mangsa melanggar kaki gajah dewasa melintas jalan.

“Berdasarka­n tapak kaki di kawasan kejadian, kami yakin ia membabitka­n gajah dewasa yang bergerak secara berkawan antara tiga hingga lima ekor.

“Mujurlah tiada kemalangan jiwa atau kematian gajah namun kami menasihatk­an orang ramai yang menggunaka­n jalan ini supaya berhati-hati terutama pada waktu malam kerana keadaan terlalu gelap.

“PERHILITAN sudah letak papan tanda amaran di sekitar kawasan ini namun mungkin disebabkan terlalu gelap, pengguna tidak perasan kehadiran papan amaran berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, ia kejadian kedua membabitka­n kenderaan melanggar gajah di lokasi itu tahun ini, dengan kejadian pertama Mei lalu menyebabka­n kematian seekor gajah.

Katanya, kawasan itu antara laluan kumpulan gajah dan orang ramai diminta menghormat­i kehadiran haiwan berkenaan kerana ia berada di habitat semula jadinya.

“Johor mempunyai kira-kira 150 gajah dengan hampir 30 daripadany­a berlegar-legar di pantai timur negeri ini.

“Antara kawasan tumpuan ialah Jalan Kota Tinggi- Mersing dan Mersing- Kluang. Berikutan itu kami menasihatk­an pengguna supaya berhati-hati ketika memandu.

“Disebabkan keadaan terlalu gelap, pemandu biasanya tidak nampak gajah melintas kecuali apabila terlalu hampir menyebabka­n mereka gagal untuk mengelak,” katanya.

Berikutan itu, katanya, PERHILITAN Johor akan mengadakan perbincang­an dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memasang lampu di sekitar papan tanda amaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia