Harian Metro

Rayuan air mata GRO warga Thailand

-

Gua Musang: Takut berdepan hukuman, beberapa pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand yang ditahan sempena Op Mega menangis ketika diiringi menaiki van Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan, tengah malam kelmarin.

Difahamkan mereka yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Gua Musang pada jam 12.15 tengah malam itu, ada yang baru bekerja di sana dan tidak menyangka akan ditahan.

Selain menangis, ada yang cuba memujuk anggota supaya tidak menahan mereka namun pujukan itu tidak berhasil.

Ketua Bahagian Penguat kuasa JIM Kelantan Ruzaana Mohamed berkata, mereka mendapat maklumat hasil risikan anggota JIM berhubung kehadiran warga asing yang bekerja di sebuah premis hiburan di Jalan Gua Musang-Lipis Tanah Putih, Gua Musang dan 11 anggota menjalanka­n serbuan.

“Ketika serbuan, ramai pelayan wanita warga asing leka melayan pelanggan.

“Bagaimanap­un tiada insiden atau cubaan melarikan diri berlaku dan mereka memberi kerjasama baik ketika diperiksa,” katanya.

Menurutnya, daripada 21 warga asing yang diperiksa, 11 daripada mereka ditahan berusia 17 hingga 35 tahun.

“Mereka ditahan atas kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas.

“Semua yang ditahan kini berada di Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah dan disiasat mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? PELAYAN yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah.
PELAYAN yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah.
 ??  ?? GRO warga Thailand yang ditahan ketika Op Mega, semalam.
GRO warga Thailand yang ditahan ketika Op Mega, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia