Harian Metro

Tiga tahun lawan komunis tanpa gaji

-

Jertih: “Biarpun tanpa sebarang gaji dan upah, demi menjaga negara daripada ancaman musuh, saya rela berkhidmat,” kata bekas

(Pasukan Kawalan Tempatan) Pengawal Kampung, Mat Hussin Senik, 76, dari Kampung Padang Luas.

Sepanjang tiga tahun berkhidmat sebagai

bermula 1959 di stesen kereta api di Kampung Geris, Kuala Kerai, Kelantan, Mat Hussin hanya diberi makan minum percuma daripada pihak berkuasa.

Mat Hussin berkata, dia dan beberapa rakan lain diminta berkhidmat dalam pasukan itu selain dikerah untuk mengawal stesen kereta api kerana pengganas komunis pada ketika itu sering merosakkan landasan kereta api bagi menyekat pergerakan penduduk keluar masuk.

“Saya bertugas di stesen kereta api itu namun sesekali memburu komunis di hutan.

“Ia tidak sedikitpun menimbulka­n rasa gentar pada diri terutama apabila mendengar berita mengenai pergerakan komunis yang merosakkan landasan kereta api di laluan Tumpat-Kuala Lumpur.

“Walaupun tidak dibayar gaji seperti polis dan tentera, tugas tetap sama seperti mereka,” katanya.

Mat Hussin menyertai

Pengawal Kampung kerana diminta pihak berkuasa membantu pasukan keselamata­n lain sebagai pasukan sokongan untuk menentang pengganas komunis yang banyak bergerak di Kelantan dan Terengganu.

Katanya, ialah pertubuhan sukarelawa­n yang memainkan peranan dalam mengawal keselamata­n ketika keadaan darurat 1948 di Persekutua­n Tanah

Melayu.

“Kami turut mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara untuk mengekang pergerakan komunis supaya segala keperluan asas seperti bekalan makanan, ubatan, pakaian serta senjata tidak sampai ke tangan mereka,” katanya.

Pasukan

Pengawal Kampung ditubuhkan British dan dibubarkan selepas darurat diisytihar­kan tamat pada 31 Julai 1960.

Apabila berlaku

Konfrontas­i Indonesia-Malaysia pada

1963 hingga 1965, pasukan ini diwujudkan kembali bagi membantu agensi keselamata­n menangani pendaratan dan penyusupan masuk tentera Indonesia.

Mat Hussin berkata, selepas menamatkan tugas dalam

beliau kemudian ditawarkan berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai penghargaa­n kerajaan kerana menentang komunis.

 ??  ?? SEBAHAGIAN guru SK Balok memakai tudung Jalur Gemilang sebagai tanda semangat patriotik sempena Bulan Kebangsaan.
SEBAHAGIAN guru SK Balok memakai tudung Jalur Gemilang sebagai tanda semangat patriotik sempena Bulan Kebangsaan.
 ??  ?? MAT Hussin boleh berbahasa Cina menunjukka­n sijil penghargaa­n sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada 2011 dan Surat penghargaa­n Polis di atas jasanya.
MAT Hussin boleh berbahasa Cina menunjukka­n sijil penghargaa­n sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada 2011 dan Surat penghargaa­n Polis di atas jasanya.
 ??  ?? MAT Hussin (berdiri tiga dari kanan) bersama rakan pasukan polis ketika menentang komunis.
MAT Hussin (berdiri tiga dari kanan) bersama rakan pasukan polis ketika menentang komunis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia