Harian Metro

Ular kepanasan ‘tumpang’ rumah PANAS BUKAN PASAL PLANET

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Miri: Cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak tidak hanya menyumbang kepada insiden kebakaran serta masalah jerebu malah menjadi punca peningkata­n kes tangkapan reptilia berbisa yang menceroboh kediaman penduduk di negeri ini termasuk di Miri.

Malah, reptilia itu terpaksa menumpang kediaman, premis perniagaan atau bangunan pejabat bagi mencari tempat perlindung­an yang lebih sejuk namun pada masa sama mewujudkan risiko keselamata­n kepada penghuniny­a.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata, berdasarka­n pengalaman pasukan itu sebelum ini, kes penangkapa­n reptilia pasti meningkat setiap kali musim panas dan kering pada Julai hingga September setiap tahun.

“Contohnya, ketika ini berlaku musim panas dan kering menyebabka­n ular keluar dari habitat untuk mencari tempat perlindung­an yang sejuk dan gelap,” katanya.

Kuala Lumpur

Fenomena cuaca panas melanda seluruh negara ketika ini tidak mempunyai kaitan dengan kedudukan jajaran planet di dalam sistem solar yang kononnya semakin hampir antara satu sama lain.

Pakar astronomi Shahrin

Ahmad berkata, sebelum ini maklumat yang tular di media sosial mendakwa fenomena cuaca panas di negara ini sekarang disebabkan perubahan kedudukan antara planet.

“Cuaca panas tidak ada kaitan dengan kedudukan planet. Ia adalah dua situasi yang sangat berbeza dan tidak berkaitan.

“Senario berlaku amat berbeza, yang pertama membabitka­n pergerakan planet manakala cuaca pula dipengaruh­i oleh perubahan tiupan arah angin.

“Mungkin bagi yang kurang mengetahui, mereka mengandaik­an ini satu situasi yang saling berhubung kait sedangkan fakta sebenar adalah berbeza,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sebarang perubahan di langit seperti berlakunya pengumpula­n planet seperti didakwa punca menyebabka­n fenomena cuaca panas adalah tidak betul.

Katanya, fenomena cuaca panas yang berlaku sekarang adalah hasil tiupan arah angin termasuk pengaruh perubahan monsun.

Sementara itu, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Met Malaysia) menerusi satu kenyataan menjelaska­n bahawa cuaca panas yang berlaku adalah disebabkan oleh fasa Monsun Barat Daya yang mendominas­i keadaan cuaca negara.

Laman web Met Malaysia menunjukka­n bahawa suhu maksimum yang dicatatkan adalah 35 darjah celsius (C) bagi kawasan kering dan panas manakala suhu minimum adalah 24 C untuk kawasan tanah tinggi.

Kenyataan itu menjelaska­n bahawa keadaan panas berkenaan akan berlarutan hingga pertengaha­n September dan sepanjang tempoh berkenaan keadaan cuaca adalah panas serta kering.

“Menerusi pemantauan anomali purata suhu permukaan laut (SST) terkini bagi April hingga Jun lalu adalah 0.1 C berbanding -0.4 C pada bulan sebelumnya.

“Selain itu, kejadian hujan lebat, ribut petir serta angin kencang juga boleh berlaku di kawasan perairan pantai barat Semenanjun­g Malaysia pada awal pagi berikutan pembentuka­n garis badai yang dikenali sebagai Sumatras.

“Pada Ogos, kebanyakan tempat di Semenanjun­g Malaysia

„ Cuaca membahang akibat dominasi Monsun Barat Daya

dijangka menerima hujan pada paras normal dengan jumlah antara 150 milimeter (mm) hingga 250 mm kecuali beberapa tempat di Perak (Perak Tengah hingga Selatan), Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras normal,” katanya.

Bagaimanap­un, keadaan panas kering akan berubah pada Oktober ketika fasa peralihan dan sepanjang tempoh berkenaan, keadaan cuaca lembap dengan hujan serta ribut petir dan angin kencang.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA APM Miri menangkap seekor ular di dalam stor di sebuah kediaman di Kampung
Luak, Miri.
ANGGOTA APM Miri menangkap seekor ular di dalam stor di sebuah kediaman di Kampung Luak, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia