Harian Metro

Kumpulan terakhir selamat berlepas

-

Kumpulan terakhir seramai 500 jemaah haji Malaysia selamat berlepas ke Tanah Suci, semalam untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Serentak itu, pengurusan haji di Kompleks Tabung Haji (TH) di sini, ditutup menandakan berakhir proses haji bagi musim 1439H/2018.

Pengarah Operasi Kompleks TH Sepang, Mohd Syawal Abong berkata, proses terakhir pendaftara­n membabitka­n 500 jemaah haji berlepas dari tanah air ke Tanah Suci jam 11.25 malam dengan pesawat XY5744 Arab Saudi ke Jeddah.

Menurutnya, serentak itu, TH menamatkan operasinya lapan lapangan terbang utama iaitu Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Alor Star, Kedah, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Senai, Johor, Kuala Terengganu, Terengganu, Kota Bharu, Kelantan, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Beliau berkata, operasi terakhir TH itu penerbanga­n ke-81 sewa khas digunakan membabitka­n 40 pesawat Malaysia Airlines Berhad dan 41 pesawat Flynas.

Beliau berkata, kuota haji pada tahun ini masih kekal seperti tahun lalu iaitu seramai 30,200 orang dengan penerbanga­n balik bermula 29 Ogos hingga 25 September.

Sementara itu, pesara tentera, Mohd Fadzuri Masudoki, 52, dari Bandar Baru Nilai,

Negeri Sembilan, bersyukur dipilih TH ke Tanah Suci dengan penerbanga­n terakhir selepas tiga kali membuat rayuan.

Menurutnya, dia juga berterima kasih kepada TH kerana isterinya, Zarina A Rahman, 49, turut terpilih dan berpeluang menyertai kursus khas anjuran TH bagi jemaah yang menerima tawaran terakhir.

Pergerakan jemaah haji untuk ibadat Masyair tahun ini diawalkan berbanding tahun sebelumnya dan petugas Tabung Haji (TH) juga bakal bergerak lebih awal ke Arafah bagi membuat persiapan.

Jika sebelum ini petugas ke Arafah sehari sebelum hari wukuf yang sudah ditetapkan pada Isnin ini, untuk musim haji 1439 Hijrah ini seramai 150 petugas TH akan ke situ dua hari lebih awal.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, keputusan mempercepa­tkan pergerakan jemaah haji itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankua­sa Induk Pergerakan Masyair TH pada pagi Selasa.

Menurutnya, bas pertama yang membawa jemaah haji Malaysia dari setiap Maktab atau bagunan penginapan akan bergerak pada jam 7 pagi 19 Ogos bersamaan 8 Zulhijjah dan bukan lagi jam 11 pagi atau selepas waktu solat Zuhur sebagaiman­a tahun sebelum ini.

“Disebabkan jemaah bergerak jam 7 pagi 8 Zulhijjah (19 Ogos) kami memutuskan 150 petugas perlu berada di Arafah pada sebelah malam 7 Zulhijjah (18 Ogos). Bermakna, petugas tidur di Arafah dua malam. 7 atau 8 pagi pada 21 Ogos atau 10 Zulhijjah.

Syed Saleh berkata, jemaah perlu berada di Mina dari 10 hingga 13 Zulhijjah bagi menyempurn­akan ibadat melontar di Jamrah Kubra, Sughra dan Wusta.

“Hampir tiga juta orang akan bergerak pada waktu yang sama (dari Makkah ke Arafah, Muzdalifah dan Mina). Ia sesuatu yang amat mencabar dan jemaah kena faham situasi ini. Patuhi arahan petugas ketika pergerakan dari satu tempat ke satu tempat,” katanya.

Selain itu, katanya, cabaran getir dirasakan jemaah ketika empat hari berada dalam khemah di Mina.

“Untuk satu maktab yang ada 3,000 orang, jumlah tandas disediakan cuma 20. Ini sudah tentu memberi suasana yang tidak selesa dan saya nasihatkan jemaah supaya pandai mengurus diri masing-masing,” katanya.

 ??  ?? PETUGAS TH diketuai Syed Saleh mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Arafah bagi mendoakan operasi Masyair berjalan lancar.
PETUGAS TH diketuai Syed Saleh mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Arafah bagi mendoakan operasi Masyair berjalan lancar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia