Harian Metro

Teruja terima tawaran istimewa pada usia 15 tahun

- Samadi Ahmad cnews@nstp.com.my

Sepang: Menerima tawaran menunaikan ibadat haji ketika usia muda pastinya begitu mengujakan biarpun menyedari pelbagai cabaran perlu dilalui dengan penuh sabar.

Itu yang dialami bakal haji muda, Afiqah Nabilah Mohd Yusri, 15, dari Bandar Baru Bangi, Selangor apabila menerima tawaran Tabung Haji (TH) untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Indah, Serdang, Selangor itu berkata, biarpun berdebar-debar namun dia tetap teruja sebaik menerima tawaran daripada TH untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Menurutnya, pada mulanya, dia memang terkejut sebaik dimaklumka­n dapat menunaikan ibadat haji dan berharap pengalaman menunaikan umrah bersama keluarga enam tahun dapat dijadikan panduan nanti.

“Saya bersyukur dipilih menjadi tetamu Allah kerana sebelum ini tidak pernah terbayang dapat mengerjaka­n haji pada usia muda dan berterima kasih kepada ibu bapa kerana membantu membuat akaun simpanan dalam TH sejak kecil lagi supaya dapat menunaikan ibadat haji lebih awal,” katanya ketika ditemui di Kompleks TH sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Pemergiann­ya ke Tanah Suci turut diiringi ahli keluarga terdiri bapanya, Mohd Yusri Mohd Yusof, 51, seorang ahli perniagaan; ibu, Zamatul Akmar Yaacob,52, guru di SMK Seri Indah serta tiga lagi adik-beradiknya.

Tiga adik-beradik yang turut terpilih adalah abangnya, Muhammad Nashdruddi­n, 23, pelajar tahun tiga Kejurutera­an Mekanikal, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Cawangan Kulim, Kedah serta dua kakaknya, Aisyah Nabihah, 21, pelajar tahun dua jurusan Undang-undang, Universiti Islam Antrabangs­a Malaysia (UIAM) dan Atiqah Najihah, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Afiqah Nabilah berkata, peluang menunaikan haji pada usia muda bukankah satu kebetulan atau sekadar ketentuan takdir, sebaliknya ia hasil usaha dirancang ibu bapanya sejak awal lagi.

 ?? Afiqah Nabilah ?? AFIQAH Nabilah (kiri) ditemani ahli keluarga di Kompleks TH sebelum berlepas ke Tanah Suci. Saya bersyukur dipilih menjadi tetamu Allah kerana sebelum ini tidak pernah terbayang dapat mengerjaka­n haji pada usia muda”
Afiqah Nabilah AFIQAH Nabilah (kiri) ditemani ahli keluarga di Kompleks TH sebelum berlepas ke Tanah Suci. Saya bersyukur dipilih menjadi tetamu Allah kerana sebelum ini tidak pernah terbayang dapat mengerjaka­n haji pada usia muda”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia