Harian Metro

Terbakar kali kedua

- Muhammad Apendy Issahak cnews@nstp.com.my

„ Tindakan pantas guru elak api musnah bangunan SMA

Tindakan pantas guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan di sini, mengawal kebakaran di asrama puteri sekolah berkenaan semalam berjaya mengelak api daripada merebak ke keseluruha­n bangunan dua tingkat terbabit.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, kebakaran membabitka­n siling asrama dan perkakasan termasuk almari dan katil namun tiada mangsa atau pelajar yang terbabit.

Pengetuany­a, Khairul Anwar El Syazalli Musa, berkata pihaknya berterima kasih kepada semua yang membantu dalam insiden kebakaran itu terutama guru dan pasukan bomba yang bertindak pantas mengawal kebakaran daripada merebak.

“Musibah yang dialami membabitka­n tingkat atas asrama puteri di mana bangunan ini mula digunakan sejak 1988 dan kita sebenarnya menyedari keuzuran dan kedaifan bangunan ini sejak beberapa tahun lalu.

“Pihak sekolah sudah menghantar permohonan kepada beberapa pihak termasuk kerajaan negeri dan Persekutua­n untuk bangunan baharu susulan bangunan lama dibina separa kayu dan batu yang sangat tidak selamat walaupun dibaik pulih untuk kegunaan jangka masa panjang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, pihaknya turut bersyukur tiada pelajar yang terbabit dalam kejadian itu kerana semua 160 pelajar ditempatka­n di asrama berkenaan berada dalam kelas dan keadaan terkawal pada waktu kejadian.

Khairul Anwar berkata, kebakaran yang berlaku adalah kali kedua dalam tempoh beberapa hari dengan kejadian pertama pada hujung minggu lalu membabitka­n langsir bangunan sama.

“Hujung minggu lalu ada berlaku kebakaran kecil dan pihak sekolah sudah membuat laporan polis kerana kebakaran itu mencurigak­an dan kita serahkan siasatan dua insiden ini kepada pihak berkuasa serta menunggu laporan penuh punca kebakaran yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Khairul Jamil berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 10.52 pagi dan sampai ke lokasi kejadian enam minit kemudian dan berjaya memadam api sepenuhnya jam 11.48 pagi.

“Tindakan pantas termasuk daripada guru berjaya mengawal api daripada merebak dengan cepat kerana kebakaran membabitka­n struktur bangunan separa batu dan kayu.

“Kebakaran hanya membabitka­n 10 peratus bangunan asrama berkenaan dan kami tidak hadapi masalah sebab memang kerap membuat latihan kebombaan dengan sekolah ini,” katanya.

Menurutnya, laporan punca kejadian itu dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu oleh forensik kebakaran. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembanguna­n Koperasi negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang mewakili kerajaan negeri turut melawat lokasi kejadian dan menyampaik­an sumbangan awal RM5,000 kepada pihak sekolah.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadan api dalam kebakaran di SMA Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan.
ANGGOTA bomba berusaha memadan api dalam kebakaran di SMA Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia