Harian Metro

Pembahagia­n wang KWSP

-

„ Penama wajib agihkan harta si mati kepada waris ikut faraid

atau wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP apabila ahli itu meninggal dunia.

Penamaan itu bertujuan untuk membolehka­n KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) simpanan itu dengan segera tanpa mendapatka­n Surat Kuasa Mentadbir. Penamaan itu berkuat kuasa pada tarikh borang penamaan diterima di mana-mana pejabat KWSP.

Merujuk kepada persoalan minggu ini, harta penama itu dikira sebagai harta pusaka orang yang melakukan penamaan.

Penama hanya berperanan sebagai wasi saja dan bukannya harta hibah, harta pemberian atau harta wasiat kepada individu yang dilantik sebagai penama.

Sekiranya diletakkan sebagai harta hibah atau harta wasiat, maka hendaklah memenuhi syarat seperti termaktub dalam undangunda­ng Islam.

Ia hendaklah ditadbir individu yang diberi hak oleh undang-undang yang akan menghantar surat perintah pembahagia­n supaya penama mengeluark­an wang itu dari institusi kewangan dan disertakan bersama-sama panduan pembahagia­n harta pusaka berdasarka­n faraid (sijil faraid), seterusnya membahagik­annya kepada semua ahli waris yang berhak mengikut kadar yang ditentukan.

Jika penama sendiri enggan mengeluark­an harta itu dan meminta Pegawai Penyelesai Pusaka atau Pegawai Pentadbir Pusaka atau Pemegang Amanah Raya menguruska­nnya mengikut faraid, maka penama hendaklah menulis surat kepada pihak yang dinyatakan.

Melalui surat itu, pihak berkenaan akan membahagik­annya mengikut faraid. Masalah yang mungkin timbul apabila penama yang mengeluark­an sendiri harta itu tetapi enggan membahagik­annya kepada ahli waris yang berhak menurut hukum faraid.

Dia boleh bertindak demikian. Jika diteliti dari sudut undang undang Islam, seseorang Muslim hendaklah menjaga dan menguruska­n amanah dengan baik kerana matlamat pengurusan harta itu adalah untuk memelihara kesejahter­aan dan menghindar­kan kemudarata­n.

Justeru, individu yang layak menguruska­n harta atau mempunyai keahlian yang sempurna menurut syarak ialah individu yang sempurna akal, sejahtera jiwanya, tidak membazirka­n harta, mampu menguruska­n harta dengan baik serta sihat tubuh badannya supaya tidak mengganggu keupayaann­ya menguruska­n harta.

Selepas penama itu mendapat haknya daripada simpanan KWSP, penama atau isteri wajib membuat pembahagia­n kepada waris yang layak.

Waris yang layak mendapat harta pusaka suami adalah waris yang diperintah­kan oleh mahkamah syariah melalui permohonan sijil faraid.

Sekiranya suami meninggalk­an isteri dan anak saja termasuk anak lelaki, adikberadi­k suami tidak tersenarai sebagai waris yang layak menerima pusaka.

Oleh itu, amat penting untuk mendapatka­n sijil faraid dari Mahkamah Syariah kerana ia bertujuan untuk menentukan waris yang berhak. Kemungkina­n ketika kematian, berlaku perubahan kedudukan waris sama ada daripada kalangan waris yang meninggal dunia lebih dahulu daripada penyimpan KWSP berkenaan.

Disebabkan itu, ia perlu ditentukan oleh Mahkamah Syariah. Selain itu, hibah menurut istilah syarak ialah pemberian milik sesuatu tanpa balasan ketika hidup yang dibuat secara sukarela.

Hibah berbeza dengan wasiat kerana pemilikan dalam wasiat berlaku selepas kematian. Hibah juga berbeza dengan jual beli kerana pemilikan dalam hibah tanpa memerlukan balasan sedangkan jual beli memerlukan balasan.

Pemberian secara hibah adalah sah dengan adanya ijab dan qabul. Pemberian secara hibah itu berkuat kuasa serta-merta apabila sempurna semua rukun dan syaratnya.

Ia juga tidak boleh ditarik balik kecuali hibah daripada ibu bapa kepada anaknya. Apabila sesuatu harta itu dihibahkan, ia akan terkeluar daripada pembahagia­n harta secara faraid kerana pemilikan harta itu berpindah kepada penerima hibah dan bukan lagi berada dalam senarai harta si pemberi.

Merujuk kepada hibah wang KWSP, ia tidak termasuk dalam konsep hibah yang diharuskan oleh syarak.

Ini kerana wang yang dihibahkan tidak berada dalam milikan atau pegangan si pemberi untuk diberi kepada penerima.

Malah jika dihibahkan, penerima masih tidak dapat memiliki wang itu kerana ia hanya boleh dikeluarka­n selepas berlaku kematian si pemberi.

Jika berlaku kematian, harta atau wang simpanan yang ditinggalk­an menjadi harta pusaka si mati dan bukannya harta milik si penerima hibah.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia