Harian Metro

Keadilan tanda manusia taatkan Ilahi

-

Islam mengiktira­f kemuliaan setiap manusia tanpa mengambil kira keturunan dan etnik kaum masingmasi­ng.

Manusia secara fitrahnya dijadikan Allah SWT dalam kelompok yang berbeza budaya, warna kulit dan bahasa.

Kepelbagai­an itu perlu diterima serta sebagai satu ketetapan. Kepelbagai­an dan perbezaan itu juga wujud supaya manusia saling mengenali, memahami, membantu dan berkasih sayang demi mencapai kedamaian dan kemakmuran hidup bersama.

Itu antara tujuan utama Allah SWT mencipta manusia seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhn­ya Kami menciptaka­n kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhn­ya semuliamul­ia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahua­nNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Islam tidak menganjurk­an kepada pengasinga­n kelompok dan konflik, apatah lagi mencetuska­n kebencian.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! bertakwala­h kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasanganny­a (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan daripada kedua-duanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwala­h kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya serta peliharala­h hubungan (silaturahi­m) kaum kerabat kerana sesungguhn­ya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu. (Surah an-Nisaa’, ayat 1)

Salah satu dasar Islam dalam hubungan etnik adalah adil. Ia seperti digariskan Dr Mohammd Nidzam Abdul Kadir (2017) dalam buku terbitanny­a berjudul

Perkara itu juga dinyatakan sebelumnya oleh Prof Madya Dr Nazri Muslim dan rakan-rakan dalam artikelnya bertajuk

yang diterbitka­n dalam Jurnal Kajian Malaysia (2011).

Adil bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul manakala lawannya adalah zalim.

Melaksanak­an keadilan bermakna menutup kezaliman.

Keadilan dalam Islam bersifat Rabbani. Ia bukti manusia menunjukka­n ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Implikasi keadilan bukan hanya berakhir di dunia tetapi turut dinilai dalam bentuk dosa dan pahala di akhirat kelak.

Dalam satu firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah menyuruh kamu supaya menyerahka­n segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimany­a) dan apabila kamu menjalanka­n hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhn­ya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhn­ya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)

Keadilan mesti dilaksanak­an secara jujur. Keadilan Islam juga bersifat sejagat dan mutlak yang memberi jaminan serta keselamata­n kepada akal, diri, harta benda, agama dan keturunan manusia.

Penulis Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Profesor di Universiti Putra Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia