Harian Metro

Bertegas terhadap pondan

- Sharifah Mahsinah Abdullah sharifah@nstp.com.my

„

Kelantan tegas dengan pendirian memerangi kegiatan lelaki berkelakua­n wanita atau pondan di negeri itu.

Malah, Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad berkata, tindakan boleh dikenakan termasuk kepada pihak luar yang berkunjung ke negeri itu untuk melakukan kegiatan berkenaan.

Katanya, Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 memperuntu­kkan pesalah boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sekurang-kurangnya enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Tidak pasti sama ada negeri lain mempunyai undang-undang begini namun di Kelantan, kami ada peruntukan yang jelas melarang sesiapa berpakaian atau berlagak seperti pondan di tempat awam dan mereka boleh didenda serta dipenjara.

“Terpulang kepada mereka (lelaki itu) jika ingin kelihatan seperti perempuan di rumah, tetapi jangan di tempat awam.

“Ia adalah kesalahan serius,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pentauliah­an 31 Peguam Syarie di Jabatan Mahkamah Syariah di Tunjong di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pendakwa Syarie Kelantan Zaini Sulaiman.

Mengulas lanjut, Daud percaya pondan masih wujud di negeri itu berikutan beberapa faktor termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan selain kurang perhatian daripada ibu bapa sejak kecil.

“Ketika saya berkhidmat sebagai Ketua Penguat kuasa Agama Negeri 1980-an lagi sudah ada kes seperti ini, malah 40 hingga 70 pondan kami kesan.

“Pada zaman itu, kami sentiasa mengadakan dialog dan kaunseling untuk mendidik mereka. Sekarang ini saya percaya bilangan mereka mungkin berkuranga­n daripada 1980-an,” katanya.

Menurutnya, operasi membabitka­n pihak berkuasa untuk membantera­s masalah itu dilihat kurang hingga pondan di negeri itu bebas menjalanka­n aktiviti mereka.

 ??  ?? DAUD
DAUD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia