Harian Metro

PTD perlu setia

- Azura Abas, Mohd Husni Mohd Noor, Zanariah Abd Mutalib dan Hashini Kavishtri Kannan cnews@nstp.com.my

„ Pegawai perlu sokong kerajaan pilihan rakyat selagi tidak bertentang­an undang-undang

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) perlu setia kepada kerajaan yang dipilih rakyat, namun mesti menolak arahan daripada pihak atasan yang bertentang­an dengan dasar kerajaan dan undang-undang negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, PTD harus tahu membezakan antara arahan yang selari dengan dasar kerajaan dengan arahan melakukan sesuatu jenayah.

“Kalau Perdana Menteri bagi arahan tolong bunuh dia ini sebab saya tidak suka, kerana setia dengan kerajaan hari ini, nak bunuh tak?

“Jenayah tetap jenayah, walaupun disuruh pemimpin tertinggi. Sebab itu saya harapkan PTD setia dengan kerajaan sekarang, tapi kalau disuruh buat perkara bertentang­an undang-undang, tolak dan jangan buat perkara salah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada Sesi Townhall Perdana Menteri Bersama PTD dengan tema, Langkah Ke Hadapan: Kebangkita­n Kepemimpin­an Tulen di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Selain itu, Perdana Menteri memberi jaminan, kerajaan akan membela nasib penjawat awam yang ‘didera’ di bawah pentadbira­n terdahulu termasuk dilucutkan tugas kerana tidak bersetuju dengan kerajaan ketika itu.

Beliau berkata, sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan, nasib sebahagian daripada penjawat awam yang menjadi ‘mangsa’ itu sudah dibela, justeru beliau memerlukan laporan jika ada maklumat lain berkaitan perkara itu.

Dr Mahathir bagaimanap­un berkata, mana-mana pihak termasuk penjawat awam perlu menerima hakikat mereka ‘didera’ serta dikenakan tindakan jika berusaha membantera­s perkara yang salah dan beliau sendiri mengalami pengalaman itu sebelum ini.

Menyentuh mengenai dasar luar, Dr Mahathir berkata, Malaysia terus mengekalka­n dasar hubungan luar iaitu berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi, namun menegur negara sama ada kecil atau besar jika dilihat melakukan kesalahan.

Selain itu, ketika menjawab permintaan wakil PTD supaya slogan ‘Saya yang menurut perintah’ dalam surat rasmi kerajaan ditukar kepada ‘Saya yang menjalanka­n amanah’, Perdana Menteri berkata, ia boleh dilakukan.

 ??  ?? DR Mahathir dan Dr Wan Azizah mengibarka­n Jalur Gemilang selepas Townhall bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik di PICC, semalam.
DR Mahathir dan Dr Wan Azizah mengibarka­n Jalur Gemilang selepas Townhall bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik di PICC, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia