Harian Metro

Bantu mangsa banjir Jepun

-

Putrajaya: Malaysia menyumbang RM500,000 bagi meringanka­n beban mangsa banjir dan gelombang haba melampau di beberapa kawasan di Jepun.

Sumbangan cek disampaika­n Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah kepada Duta Besar Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa pada majlis penyerahan cek di sini, semalam.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, sumbangan berkenaan juga sebagai tanda sokongan dan simpati daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Jepun lebih-lebih lagi kedua-dua negara ini mempunyai hubungan dua hala yang erat.

“Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Jepun susulan kejadian banjir serta gelombang haba yang turut meragut nyawa.

“Malaysia sebuah negara kecil dan kami berasa berbesar hati dapat menyampaik­an sumbangan kecil ini tanda simbolik daripada kami,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan itu.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia sentiasa bersedia untuk menyokong Jepun dan berharap sumbangan oleh kerajaan Malaysia akan membantu dalam mempercepa­tkan proses pemulihan semula komuniti di kawasan yang terjejas.

Pada Julai lalu, media melaporkan, hujan berterusan menyaksika­n sebahagian kawasan di barat Jepun menerima hujan tiga kali lebih banyak berbanding Julai tahun sebelumnya.

Selain banjir, Jepun turut berdepan gelombang haba yang mengakibat­kan sekurang-kurangnya 15 maut dan lebih 12,000 lagi mendapatka­n rawatan di hospital dalam tempoh dua minggu pertama Julai lalu.

 ??  ?? SAIFUDDIN menyampaik­an sumbangan kerajaan Malaysia RM500,000 kepada Miyagawa di Wisma Putra, Putrajaya.
SAIFUDDIN menyampaik­an sumbangan kerajaan Malaysia RM500,000 kepada Miyagawa di Wisma Putra, Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia