Harian Metro

Pecat pegawai ambil rasuah

-

Putrajaya: Tiada belas kasihan terhadap mana-mana pemimpin dan pegawai kerajaan yang didapati terbabit dengan sebarang perlakuan rasuah.

“Tiada belas kasihan, tiada pertimbang­an dan kesalahan (rasuah) itu tidak akan ditutup,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada sesi Townhall Perdana Menteri bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bertemakan, Langkah Ke Hadapan: Kebangkita­n Kepemimpin­an Tulen di hadapan lebih 3,500 PTD di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Beliau berkata, mana-mana pegawai kerajaan yang terbabit dengan rasuah akan dipecat daripada perkhidmat­an.

(pergi). Buat salah kita tolak kerana kita nak (hendak) tunjuk teladan yang baik kepada masyarakat.

“Jika dahulu, Perdana Menteri tak payah (isytihar) kerana mereka bukan penjawat awam, jadi tak payahlah bagitau (maklum) apa-apa pun. Tapi sekarang ni, Perdana Menteri pun mesti kena tunjuk teladan yang baik dan tidak mencuri,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau mengakui tiada negara yang bebas daripada amalan rasuah, namun jika amalan itu menjadi budaya dalam masyarakat, ia sukar diubati.

“Saya bahagikan rasuah kepada dua peringkat iaitu satu ‘bawah meja’ dan satu lagi ‘atas meja’.

“Mula-mula mereka menyembuny­ikan perbuatan rasuah kerana dia tahu ia salah dan bakal menghadapi hukuman, namun bila budaya diserap dalam seluruh masyarakat, maka rasuah itu pergi ‘atas meja’ dan dibuat secara terbuka,” katanya.

Justeru, katanya, tiga nilai hidup iaitu bersih, cekap dan amanah perlu ada dalam diri masyarakat kerana ia penting bagi menentukan sama ada negara itu gagal atau berjaya.

“Elemen bersih bermakna tiada rasuah, cekap pula bermaksud berkemahir­an dan boleh melakukan sesuatu kerja manakala amanah pula membabitka­n soal membina kepercayaa­n serta kejujuran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia