Harian Metro

‘Saya nak rehat, tak kempen di Balakong’

-

Kuala Lumpur: Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak tidak akan turun berkempen untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia, bulan depan.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam, Najib menolak untuk berkempen kerana mahu berehat.

“Balakong? Oh, tak perlu (turun berkempen). Saya nak berehat,” katanya.

Beliau ditanya sama ada akan turun berkempen di kedua-dua PRK itu susulan kritikan pemimpin UMNO yang memintanya menjauhi kempen pilihan raya selepas BN tewas di PRK DUN Sungai Kandis, awal bulan ini.

Pengerusi Perhubunga­n UMNO Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilaporkan berkata, UMNO perlu merehatkan Najib daripada sebarang kempen pilihan raya bagi memastikan permainan persepsi dalam kalangan pengundi tidak terus menjadi ‘racun’ kepada kebangkita­n parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula berkata, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan PRK

DUN Sungai Kandis adalah manifestas­i keengganan parti menyesuaik­an diri dengan realiti baharu, selain menegaskan Najib yang sedang diadili, bukan UMNO.

Mengulas kritikan berkenaan, Najib berkata, kehadirann­ya pada PRK DUN Sungai Kandis itu adalah atas jemputan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.

“Saya telah dijemput oleh calon BN, Datuk Lokman. Itu bukan perancanga­n asal saya untuk pergi ke sana,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia