Harian Metro

‘Saya tak tahu’

- Zahratulha­yat Mat Arif cnews@nstp.com.my

„ Noor Azmi nafi dakwaan sedia letak jawatan untuk beri laluan Anwar bertanding dalam PRK

Kuala Terengganu: Melampau dan biadab!

Itu reaksi Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Terengganu Datuk Razali Idris berhubung dakwaan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, yang mengaitkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin kononnya dalang untuk menghalang datang jumpa saya.

“Hingga hari ini (semalam) saya masih lagi wakil rakyat bebas dan fokus saya untuk rakyat di Bagan Serai. Saya hanya mahu fokus kepada rakyat di sini dalam hal pembanguna­n dan hal berkaitan nasional yang lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dr Noor Azmi berjaya mempertaha­nkan kerusi Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei lalu, tetapi majoriti 1,140 undi yang diperolehi­nya pada PRU 2013 berkuranga­n kepada 172 undi dengan pencabar terdekat daripada PAS, Rohaya Bakar.

Sebuah portal berita melaporkan Anwar yang mahu kembali ke Dewan Rakyat melalui PRK dan menyasarka­n sebuah kerusi Parlimen di Perak.

Sumber portal itu berkata, bekas ketua pembangkan­g itu mungkin bertanding di sebuah kerusi yang dimenangi seorang Ahli Parlimen bebas atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU lalu.

Menurut sumber portal itu, Ahli Parlimen berkenaan menemui Anwar baru-baru ini dan menawarkan diri untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding dalam satu PRK. Walau bagaimana pun, alasan Ahli Parlimen itu mahu melepaskan kerusinya tidak jelas.

Selain Dr Noor Azmi, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumka­n keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

 ??  ??
 ??  ?? ANWAR
ANWAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia