Harian Metro

Kesal pemilihan parti medan serangan peribadi

-

Calon yang menawarkan diri untuk pemilihan kepemimpin­an PKR sepatutnya menonjolka­n ciri kebaikan seperti visi dan misi untuk memperkuku­hkan parti, bukan membuat sebarang serangan berbentuk peribadi terhadap calon lain.

Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Kamarudin Jaffar berharap kempen yang berjalan ketika ini tidak menjadi satu aktiviti menyebarka­n unsur negatif yang boleh memecah-belahkan parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, tindakan berkenaan bukan hanya akan memecah-belahkan PKR, malah secara tidak langsung memberi kesan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya berharap segala kempen ini tidak menyentuh mana-mana pihak atau pemimpin di luar daripada PKR. Tumpuan utama kita untuk memperkuku­hkan PH dan peranan PKR di dalam kerajaan.

“Seharusnya tidak ada serangan negatif terhadap mana-mana tokoh lain dalam PKR. Kempen seharusnya menonjolka­n ciri kebaikan calon yang ingin bertanding.

“Saya kesal dengan suasana serangan berbentuk peribadi yang berlaku kini,” katanya selepas merasmikan Seminar Aksesibili­ti dalam Perkhidmat­an Pengangkut­an di Kementeria­n Pengangkut­an di sini, semalam.

Beliau turut meluahkan rasa kesal terhadap serangan berbentuk peribadi yang dilakukan sesetengah calon ketika ini.

Dalam pemilihan kali ini, 800,000 ahli

PKR akan mengundi yang dijalankan secara berperingk­at-peringkat selama tiga minggu mulai pertengaha­n September.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Rafizi

Ramli dilihat sering mengeluark­an kenyataan berbentuk serangan peribadi terhadap

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Rafizi mencabar Mohamed Azmin untuk jawatan nombor dua PKR itu.

>>Dr Noor Azmi mempertaha­nkan kerusi Bagan Serai pada pilihanray­a umum 9 Mei lalu

Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, semalam menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa beliau bersedia meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK).

“Saya tidak tahu langsung berkenaan isu ini, siapa yang membawa berita tidak benar ini. Tidak ada sesiapa pun

 ??  ?? KAMARUDIN
KAMARUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia