Harian Metro

Abang Mat tiada hal...

- Mohd Azam Shah Yaacob dan Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

„ Menteri Pertahanan alu-alu siasatan terhadap pegawai terima RM800,000 nyah status muflis

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengalu-alukan siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mana-mana individu yang berkhidmat di Kementeria­n Pertahanan termasuk yang bekerja di pejabatnya.

Mohamad dalam satu kenyataan semalam berkata, beliau juga sedia memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada SPRM.

“Seperti kenyataan saya di Parlimen sebelum ini dalam siasatan terhadap Kementeria­n Pertahanan diketuai bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, saya mengalukan-alukan siasatan SPRM termasuk individu yang bekerja di pejabat saya.

“Saya bersedia memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada SPRM. Bagi saya, tiada kompromi dalam soal integriti,” katanya.

Menurut Mohamad, sekiranya terdapat apa-apa kes, SPRM boleh mendakwa mereka mengikut saluran undang-undang sedia ada.

Kelmarin media melaporkan bahawa SPRM sedang menyiasat seorang pegawai di Kementeria­n Pertahanan kerana dikatakan menerima RM800,000 untuk mengeluark­annya daripada status muflis.

Sumber SPRM memaklumka­n siasatan terhadap individu itu sudah dijalankan sejak dua bulan lalu susulan laporan yang diterima SPRM daripada seorang atau pengadu.

Difahamkan, pegawai kanan terbabit sudah pun dipanggil ke SPRM untuk dirakam percakapan sebaik pihak SPRM menerima laporan tentang perkara itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia