Harian Metro

SPRM siasat sejak dua bulan lalu

-

Kuala Lumpur: Siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas seorang pegawai kanan kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang dikatakan menerima RM800,000 untuk mengeluark­annya daripada status muflis sudah dijalankan sejak dua bulan lalu.

Sumber memberitah­u, siasatan terhadapny­a dilakukan susulan laporan diterima SPRM daripada seorang atau pengadu.

“Difahamkan, pegawai kanan terbabit sudah pun dipanggil ke SPRM untuk dirakam percakapan sebaik pihak SPRM menerima laporan berkaitan perkara itu.

“SPRM turut memanggil 10 lagi individu untuk dirakam percakapan termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan ahli perniagaan,” kata sumber terbabit.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi semalam mengesahka­n SPRM sedang menyiasat pegawai kanan terbabit, namun enggan mendedahka­n butiran lanjut mengenai perkara itu.

Terdahulu, media melaporkan SPRM sedang menyiasat pegawai terbabit susulan dakwaan dia menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantuny­a menyelesai­kan hutang dan dikeluarka­n daripada status muflis.

Pegawai kanan terbabit diisytihar­kan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu dan status itu kekal sehingga hujung Mei lalu apabila jabatan itu menerima beberapa bayaran daripada beberapa pihak tertentu sebagai penyelesai­an hutangnya.

“Bayaran itu dikatakan dibuat beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan.

“SPRM menjalanka­n siasatan sama ada bantuan bayaran itu dengan niat mendapatka­n projek daripada Kementeria­n Pertahanan sebagai balasan,” kata laporan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia