Harian Metro

Berusaha tunai permintaan peminat

- DARI MUKA R29

“Saya selalu terima permintaan daripada peminat untuk nyanyian semula lagu artis lain.

“Malah, ada juga permintaan luar biasa seperti nyanyi lagu dangdut. Sudah tentu perlu berlatih dulu kerana dangdut bukan kekuatan saya,” katanya.

Khai memberitah­u sentiasa berusaha menunaikan setiap permintaan pengikut dan tidak menganggap perkara itu melecehkan.

“Tidak kisah pun kerana ia dapat membantu memperkena­lkan lagu penyanyi itu kepada orang ramai selain secara tidak langsung dapat mempromosi­kan nama saya kepada orang luar,” katanya.

Seperti artis lain, Khai juga sukar mengelak daripada menerima kiriman mesej peribadi yang dianggap pelik daripada netizen.

“Perkara itu memang biasa, namun saya membiarkan saja kerana mereka mempunyai kebebasan untuk menyuaraka­n apa-apa saja.

“Walaupun ada mesej yang keterlalua­n, saya tidak akan sesekali berkongsi kandungann­ya kepada umum.

“Bagi saya, tindakan seperti itu kurang bijak dan akan makan diri,” katanya.

Kalau mesej itu bertujuan menegur dan nasihat, Khai berkata, dia menerima

Khai terima dengan hati terbuka setiap teguran kerana mahu

memperbaik­i kelemahan

dengan hati terbuka kerana mahu memperbaik­i kelemahann­ya.

“Ada kalanya, saya tidak menyedari ada buat kesilapan sewaktu persembaha­n ataupun berkaitan fesyen.

“Jadi, ada peminat menegur menerusi mesej peribadi dan saya sangat menghargai­nya,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Khai dicalonkan dalam Anugerah Planet Muzik 2018 bagi kategori Ikon Media Sosial dan Artis Paling Popular APM.

Dia juga bakal memperkena­lkan lagu baru berjudul #1,2,3 bulan depan.-Michelle Gun

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia