Harian Metro

Lonjak semangat patriotism­e

- DARI MUKA R29

“Konsepnya adalah seperti eksperimen sosial. Kami adakan sedikit permainan ringkas membabitka­n mereka yang berada di sekitar kawasan itu.

“Kemudian, kami buat persembaha­n secara langsung dan rakamkan untuk dijadikan video muzik,” katanya.

Menurutnya, konsep itu digunakan untuk melihat sendiri penyatuan budaya dan masyarakat negara kita.

“Secara tak langsung, kita dapat satukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama menerusi penghasila­n video muzik Kita Punya Malaysia.

“Itu adalah objektif utama kami untuk disesuaika­n dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-61 dan lagu ini sebagai lagu tema,” katanya.

Bercerita mengenai lagu itu, Youk berkata, ia sudah dihasilkan sejak tiga bulan lalu.

“Pada peringkat awal, ia dihasilkan untuk satu projek lain tetapi projek itu dibatalkan. Jadi, kami tukar beberapa bahagian lirik dan jadikan ia lagu yang sesuai untuk kemerdekaa­n dan kempen Kita Punya yang menjadikan kami sebagai duta,” katanya.

Paan pula memberitah­u lagu itu disuntik dengan elemen yang menjadi objektif utama Bunkface.

“Objektif utama kami adalah untuk menyebarka­n mesej positif kepada generasi baru. Lagu kami yang sebelum ini pun kebanyakan­nya memang menyuntik semangat.

“Kali ini ia berbeza dari segi liriknya kerana ia berteraska­n semangat patriotism­e kepada negara,” katanya.

JADI DUTA KITA PUNYA

Konsep Bunkface dalam penggambar­an klip video lagu Kita Punya Malaysia untuk

lihat penyatuan budaya masyarakat kita

Untuk menarik minat generasi muda untuk terus cintakan negara, Bunkface juga diangkat menjadi duta kempen Kita Punya anjuran Media Prima Berhad dengan kerjasama Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia.

Sam berkata, Bunkface akan terbabit dalam kempen ini sepanjang ia berlangsun­g

 ??  ?? BUNKFACE dianggotai Sam
(tengah), Paan (kanan) dan Youk
BUNKFACE dianggotai Sam (tengah), Paan (kanan) dan Youk
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia