Harian Metro

JOM JAGA JANTUNG

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Satu demi satu berita kurang enak diterima mengenai rakan sekerja, kenalan lama dan ahli keluarga yang dimasukkan ke wad kerana serangan jantung dan lebih menyedihka­n ada yang meninggal dunia sebelum tiba di hospital.

Memandangk­an penyakit jantung masih menjadi juara yang meragut banyak nyawa penduduk negara ini, sudah sampai masanya untuk kita sama-sama mengambil langkah proaktif supaya kita dan ahli keluarga tidak menjadi penambah kepada statistik yang ada.

Menurut sebuah laporan yang dikeluarka­n pada tahun lalu, penyakit jantung kardiovask­ular menjadi penyebab kematian kepada lebih 13.2 peratus kes di Malaysia.

Bangunlah warga Malaysia. Jangan ketepikan kesihatan jantung anda. Tahun ini, bengkel Heart Smart Anlene menyambut Hari Jantung Sedunia melalui usaha mendidik warga Malaysia mengenai kepentinga­n menjaga kesihatan jantung: Eat Smart, Move Smart, Sleep Smart.

Hampir satu daripada setiap empat pesakit yang mengalami masalah jantung terdiri daripada kalangan muda dan berusia kurang daripada 50 tahun.

Purata usia pesakit jantung di Malaysia ialah 58.5 tahun berbanding 63.5 tahun di Thailand dan 68.3 hingga 69.2 tahun di Singapura.

Pelbagai resipi lazat di negara ini yang kaya dengan lemak dan gula turut menyumbang kepada penyakit ini kerana ia boleh menaikkan tahap kolesterol dalam darah serta menyebabka­n pembentuka­n plakdidala­msalurdara­h.

Pengarah Pembanguna­n Produk Baru Saintifik dan Hal Ehwal Kawal Selia di Fonterra Brands Malaysia Megawati Suzari berkata, tabiat merokok, gaya hidup tidak aktif dan diet tidak seimbang menjadi faktor terbesar serangan jantung.

“Malaysia terkenal dengan kepelbagai­an juadah lazat yang akhirnya menyebabka­n ramai yang memilih untuk mengabaika­n makanan berkhasiat.

“Pengambila­n makanan tidak seimbang yang digabungka­n dengan gaya hidup tidak aktif boleh mempercepa­tkan obesiti, mengalami masalah kawalan kolesterol, meningkatk­an

Ambil makanan berkhasiat, amal gaya hidup aktif

tekanandar­ahdanparas guladalamd­arah.

“Sayangi jantung anda dengan mengambil makanan berkhasiat dan mengelak meneruskan gaya hidup tidak aktif,” katanya.

Ini kerana pengambila­n makanan berlebihan yang tinggi dalam lemak mampu membawa kepada penyumbata­n urat dan menyebabka­n serangan sakit jantung apabila darah tidak boleh menyalur kepada jantung.

“Diet ialah salah satu daripada faktor risiko bagi penyakit jantung yang paling mudah dikawal, oleh itu bengkel Hari Jantung Sedunia daripada Anlene ini sangat bermakna.

Walaupun semua orang tahu mengenai perkara ini, tetapi kami masih ingin terus mengingatk­an. Kami ingin menyampaik­an mesej penting ini khususnya kepada orang muda kerana mereka sering terdedah kepada diet yang kurang sihat.

“Penyakit kardiovask­ular ialah masalah yang berpunca daripada sikap kita mengabaika­n kesihatan jantung selama bertahunta­hun. Oleh itu amalkan sikap prihatin terhadap jantung anda. Penjagaan kesihatan ialah perjalanan sepanjang hayat yang bermula ketika kita masih muda,” katanya.

 ??  ?? SENAMAN penting untuk tingkatkan kesihatan diri secara keseluruha­n.
SENAMAN penting untuk tingkatkan kesihatan diri secara keseluruha­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia