Harian Metro

Takut berlakon dengan Ogy

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Bermula sebagai ‘instafamou­s’ dengan memiliki 150,000 pengikut di laman Instagram, Scha Elinnea, 19, kemudian mencuba nasib dalam dunia hiburan.

Menurut pelakon dari Sungai Petani,

Kedah ini, laluannya untuk menceburi bidang lakonan dipermudah­kan apabila dilamar syarikat pengurusan Prokuya Studios dan mengikat kontrak setahun pada Januari lalu.

“Saya sangat meminati bidang fesyen dan solekan. Saya juga aktif sebagai model dan buat demonstras­i solekan di Instagram sejak berusia 17 tahun.

“Selain bidang fesyen, saya juga ingin melebarkan sayap sebagai pelakon.

“Tawaran Prokuya Studios ibarat bulan jatuh ke riba dan disambut dengan hati terbuka,” katanya.

Meski masih ‘hijau’, pemilik nama sebenar Natasha Mohamed Mubeen sudah diberi kepercayaa­n beraksi dalam drama bersiri popular Mr Grey.

“Saya melakonkan watak pembantu yang tidak kurang pentingnya iaitu Jannah, kawan baik kepada heroin lakonan Eyra Hazali. Drama ini memperkena­lkan saya kepada peminat.

“Sedar tidak punya asas dalam bidang ini, saya sanggup bermula dari bawah dan tidak malu bertanya pengarah serta pelakon lain di lokasi penggambar­an,” katanya.

Berkongsi pengalaman­nya, Scha

Fauziah banyak bantu Scha Elinnea

jiwai watak Jannah dalam drama bersiri popular Mr

Grey

Elinnea mengakui berasa gementar ketika berlakon dengan bintang hebat Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dalam drama itu.

“Pada mulanya saya takut berlakon dengan Kak Ogy yang bawa watak ibu kepada heroin.

“Namun, Kak Ogy sangat baik dan banyak membantu saya menjiwai watak Jannah yang banyak bermain dengan emosi serta air mata,” katanya.

Selepas Mr Grey, Scha Elinnea baru selesai penggambar­an drama bersiri Cinta Pencuri Kelas Satu berganding­an dengan Raf Yaakob dan Emma Maembong.

Menyusul selepas itu, dia terbabit dengan drama romantik komedi di

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia