Harian Metro

Rezeki tidak disangka Tahfiz perlu 15 tilam baru

-

Johor Bahru: “Kehadiran Harian Metro dan syarikat korporat seperti Affin Islamic Bank Berhad yang menyumbang ibarat rezeki yang tidak disangka,” kata Pengetua Madrasah Tahfiz Nurul Yakin, Alias Harun.

Madrasah Tahfiz Nurul Yakin di FELDA Sungai Sayong, Kulai di sini, antara penerima sumbangan zakat perniagaan Affin Islamic Bank Berhad berjumlah RM3,500 menerusi program #HMKotakRez­eki2018.

Alias berkata, hasil sumbangan daripada pelbagai pihak, pelajar kini dapat mengikuti pengajian dan menjalani aktiviti harian dengan lebih selesa.

“Madrasah yang beroperasi sejak 2014 kini menempatka­n 11 penghuni lelaki berusia lapan hingga 14 tahun yang berasal dari negeri ini, selain empat tenaga kerja termasuk guru.

“Sumbangan ini akan digunakan bagi memasang jubin dan menambah baik kemudahan di pusat yang berkeluasa­n 3.72 x 8.36 meter persegi, sekali gus memberi keselesaan kepada pelajar menunaikan solat, mempelajar­i agama serta al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan disampaika­n Eksekutif Khidmat Pelanggan dan Deposit Affin Bank Berhad Kulai, Mohd Hafiz Salleh Huddin.

Hadir sama, Ketua Biro The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Johor, Junita Mat Rasid.

Sementara itu, Pengasas Tahfidz Al Mukhlisin, Muhammad Faudzi Jalil berkata, sumbangan itu secara tidak langsung memudahkan pengurusan seharian pusat berkenaan termasuk kos operasi, utiliti dan gaji tenaga pengajar.

Katanya, kerjasama daripada semua pihak sama ada individu atau syarikat korporat dalam menjayakan inisiatif seumpama itu dapat meringanka­n beban di samping membantu kebajikan penghuni.

“Tilam baru antara yang diperlukan pada masa ini memandangk­an ia sudah lama tidak ditukar sejak kira-kira empat tahun,” kata guru Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQA), Desa Pinggiran Putra, Ismail Ahmad.

Menurutnya, pusat tahfiz persendiri­an itu memerlukan kira-kira 15 tilam baru untuk kegunaan 18 pelajarnya yang berusia antara sembilan hingga 16 tahun.

“Selain tilam, pusat tahfiz ini juga memerlukan keperluan lain seperti peti ais bagi memudahkan untuk menyimpan barangan makanan basah dan mesin basuh untuk kegunaan pelajar.

“Pusat tahfiz ini beroperasi sejak 2012. Alhamdulil­lah dalam tempoh empat dan lima tahun ini, pelbagai pihak tampil menyampaik­an bantuan termasuk #HMKotakRez­eki oleh Harian Metro pada 2017 dan Ramadan lalu,” katanya pada majlis penyampaia­n sumbangan zakat berjumlah RM3,500 daripada Affin Islamic Bank di sini, semalam.

Sumbangan disampaika­n Eksekutif Kanan Pengurusan Zakat, Bahagian Penyeliaan Syariah Affin Islamic Bank, Helmi Afizal Zainal.

Turut hadir, Pengarang Berita NSTP Putrajaya, Nasharuddi­n Muhammad.

„ MTQA terima bantuan zakat RM3,500

Sumbangan zakat itu susulan daripada serahan #HMKotakRez­eki pada 31 Mei lalu sempena Ramadan dan AffinBank Group antara penyumbang utama program berkenaan.

Dalam pada itu, Ismail berkata, pihak pengurusan MTQA mengucapka­n terima kasih atas sumbangan zakat itu, sekali gus meringanka­n perbelanja­an pusat tahfiz berkenaan.

“Wang yang diterima ini akan digunakan termasuk pembayaran bil elektrik dan air selain dimanfaatk­an untuk keperluan pelajar di sini.

“Kami juga berbesar hati dan mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk keperluan pelajar di pusat tahfiz ini,” katanya.

Menurutnya, pelajar pusat berkenaan terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tinggal di sekitar Putrajaya, selain Subang, Gombak serta negeri lain seperti Melaka.

“Empat daripada pelajar di sini adalah kategori asnaf dan pusat tahfiz juga menanggung yuran tiga daripada pelajar terbabit. Ada juga pelajar yang menerima bantuan daripada Pusat Zakat Selangor berhubung pembayaran yuran,” katanya.

 ??  ?? HELMI Afizal menyerahka­n wang zakat Affin Islamic kepada Ismail.
HELMI Afizal menyerahka­n wang zakat Affin Islamic kepada Ismail.
 ??  ?? MOHD Hafiz (dua dari kanan) menyerahka­n zakat perniagaan kepada Alias di Madrasah Tahfiz Nurul Yakin di FELDA Sungai Sayong, Kulai.
MOHD Hafiz (dua dari kanan) menyerahka­n zakat perniagaan kepada Alias di Madrasah Tahfiz Nurul Yakin di FELDA Sungai Sayong, Kulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia