Harian Metro

10 tan bergolek atas jalan

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

„ Gegelung besi terjatuh dari treler di lebuh raya berikutan ikatan tidak kemas

Mujur tiada kereta atau penunggang motosikal yang menjadi mangsa lenyek dua gegelung besi seberat lebih 10 tan setiap satu yang tercicir dan bergolek jatuh di atas jalan.

Dalam kejadian jam 6 pagi semalam, gegelung besi yang dibawa treler menuju ke Rawang, Selangor itu dikatakan terjatuh ketika melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampira­n Taman Desa di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.15 pagi.

“Kami dimaklumka­n dua gegelung besi jatuh dari treler yang dipandu lelaki tempatan berusia 30-an.

“Difahamkan, ketika tiba berhampira­n susur Taman Desa muatan gegelung itu terjatuh di atas jalan dipercayai kerana ikatannya tidak kemas,” katanya.

Zulkefly berkata, kejadian menyebabka­n berlaku kesesakan lalu lintas bermula dari Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar raya.

“Anggota polis trafik di lokasi membantu mengawal lalu lintas dan membuat kawalan sementara menunggu tindakan mengalih muatan itu,” katanya.

Katanya, kejadian itu tidak membabitka­n kenderaan awam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Satu notis saman mengikut Peraturan 92 Paraturan Lalulintas 1959 atas kecuaian pemandu itu dikeluarka­n,’ katanya

Sementara itu, Ranger Sistem Maklumat Pengangkut­an Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Zul-Atfi Abdul Wahid Amin yang turut berada di lokasi kejadian berkata, sebuah kren digunakan mengangkat dan memindahka­n gegelung besi itu.

“Kerja mengalihka­n gegelung besi di lokasi selesai sepenuhnya pada jam 10 pagi,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis meninjau keadaaan gegelung besi di atas jalan hingga menyebabka­n kesesakan lalu lintas.
ANGGOTA polis meninjau keadaaan gegelung besi di atas jalan hingga menyebabka­n kesesakan lalu lintas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia