Harian Metro

Cadang sistem baru ganti SSM

-

Miri: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) bercadang untuk mengemukak­an cadangan sistem saraan baru yang lebih bersifat inklusif dan memberi banyak faedah kepada penjawat awam menggantik­an Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata, pihaknya kini mengumpul input berkaitan bagi membantu proses merangka draf cadangan itu sebelum dikemukaka­n kepada kerajaan untuk diteliti.

“Kami mahukan sistem saraan baru lebih jelas bersesuaia­n dengan keadaan hidup yang semakin mencabar.

“Justeru, sudah tentu kami mahukan sistem saraan baru yang lebih jelas membabitka­n pembanguna­n dan laluan kerjaya, upah dan kebajikan penjawat awam,” katanya pada sidang media Pra-Persaraan Anggota Perkhidmat­an Awam di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi CUEPACS Sarawak Ahmad Mali.

Sementara itu, ketika diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai ketiadaan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) seperti diumum kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, Azih berkata, pihaknya akur dengan keputusan itu namun meminta kepemimpin­an negara merangka satu insentif bagi menyuntik semangat penjawat awam di negara ini.

“Walaupun ia (KGT) perkara yang amat ditunggu-tunggu penjawat awam, tetapi disebabkan itu keputusan kerajaan, kami akur,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanap­un, pada masa akan datang, pihaknya mahu kerajaan mengawal kos sara hidup yang semakin melonjak.

“Tidak mengapa sekiranya tiada kenaikan gaji tetapi kos sara hidup perlu diturunkan,” katanya.

 ??  ?? AZIH (dua dari kiri) menunjukka­n buku panduan untuk pesara kerajaan, semalam.
AZIH (dua dari kiri) menunjukka­n buku panduan untuk pesara kerajaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia