Harian Metro

Ibu sembilan anak nafi dera bayi lelaki Nafi pandu mabuk hingga empat mati

- Muhammad Apendy Issahak apendy@nstp.com.my

Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan cuai hingga menyebabka­n kecederaan terhadap bayi lelaki berusia tiga bulan ketika dalam jagaannya minggu lalu.

Ros Azlina Mohd Ismail, 46, dituduh bertindak secara cuai sehingga menyebabka­n kecederaan fizikal kepada Muhammad Zaheen Affan Mohamad Zulkarnain di sebuah rumah di Persiaran Iskandar Perdana, Seksyen Dua, Seri Iskandar, dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi pada 8 Ogos lalu.

Pengasuh yang mempunyai sembilan anak itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman di hadapan Hakim Datuk Julie Lack manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan mencadangk­an jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh sebelum Ros Azlina merayu jaminan dikurangka­n kerana tidak bekerja dan mempunyai banyak tanggungan.

Julie Lack kemudian membenarka­n tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menasihati­nya agar melantik peguam serta menetapkan 18 September ini bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan pada 8 Ogos lalu, Muhammad Zaheen Affan, patah tangan kanan dipercayai didera ketika dalam jagaan pengasuhny­a.

Bayi berkenaan dihantar ke rumah pengasuh oleh ibu dan datuknya kira-kira jam 9 pagi sebelum pengasuh terbabit menghubung­i bapa mangsa memaklumka­n bayi itu tidak berhenti menangis.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Changkat Melintang oleh bapanya sebelum dirujuk di Hospital Seri Manjung. Pemeriksaa­n doktor mendapati tangan kanan mangsa dipercayai dipulas hingga patah.

Susulan itu, bapa mangsa berusia 28 tahun membuat laporan polis jam 11.04 pagi 9 Ogos lalu sebelum polis menahan pengasuh berkenaan pada hari sama bagi membantu siasatan.

Pengasuh terbabit didakwa di mahkamah semalam, selepas tempoh reman empat hari tamat. Tawau: Wanita yang dituduh memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabka­n kematian empat lelaki di Jalan Chong Thien Vun, dekat sini, 8 Julai lalu, mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan sekali lagi di Mahkamah Majistret, semalam.

Olivia Chong Oi Yun, 34, yang memakai baju petak berwarna biru gelap membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ferhanshah Farene selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 12 Julai lalu namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadany­a

>>Muhammad Zaheen patah tangan kanan dipercayai didera pengasuhny­a

„ Pengasuh mengaku tak bersalah sebabkan tangan kanan patah

ketika itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai eksekutif pengurusan di sebuah syarikat swasta di sini, didapati memiliki banyak alkohol dalam badan sehingga tahap alkohol dalam darahnya melebihi had ditetapkan.

Mereka yang maut ialah Hiew Nyuk Wei, 30; Clawence Wong Vun Kit, 21; Dicson Lim Kien Shing, 16; dan Chong Wei Chan, 21, selain mengakibat­kan seorang lagi mangsa, Chin Guan Xiong, 21, patah kaki.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos ini bagi sebutan semula serta penyerahan semua dokumen bagi tujuan perbicaraa­n diserahkan kepada tertuduh atau peguamnya manakala tiga September sebagai tarikh pengurusan kes selaras peruntukan Seksyen 51A (1) Kanun Prosedur Jenayah.

Mahkamah bagaimanap­un belum menetapkan tarikh perbicaraa­n.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Wan Muhammad Fitri Wan Azizan manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Ghani Zelika.

Tertuduh yang juga bekas calon sebuah parti politik tempatan di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dituduh mengikut Seksyen 44 (1) (b) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM20,000 dan penjara sehingga 10 tahun.

Pada kejadian awal pagi 8 Julai lalu, empat lelaki maut dan seorang lagi patah kaki kiri dirempuh Toyota Vios di kawasan parkir Pusat Komersil BDC (1Arena) di Jalan Chong Thien Vun.

 ??  ?? ROS Azlina diiringi dua anggota polis ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh.
ROS Azlina diiringi dua anggota polis ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh.
 ??  ?? CHONG mengaku tidak bersalah atas pertuduhan.
CHONG mengaku tidak bersalah atas pertuduhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia